Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 8 April 2013

Bab 73 Bagusnya Budi Pekerti.


Allah Taala berfirman:

Yang bermaksud :  Dan sesungguhnya engkau  hai Muhammad  adalah memiliki budi pekerti yang luhur.
(al- Qalam: 4)

Allah Taala berfirman lagi:

Yang bermaksud :  Dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan pula suka memaafkan kepada orang banyak, sampai habisnya ayat.
(ali-lmran: 134)

619. Dari Anas r.a., katanya:

Rasulullah s.a.w. itu adalah sebaik-baik manusia dalam hal budi pekertinya.
(Muttafaq 'alaih)

620. Dari Anas r.a. pula, katanya:

Yang bermaksud :  "Saya tidak pernah memegang suatu sutera tebal ataupun sutera tipis yang rasanya lebih halus daripada tapak tangan Rasulullah s.a.w. Saya juga tidak pernah mencium satu bau-bauanpun yang lebih harum daripada bau Rasulullah s.a.w. Saya telah melayani Rasulullah s.a.w. selama sepuluh tahun, maka beliau tidak pernah sama sekali mengucapkan "cis" pada saya, juga tidak pernah bersabda: "Mengapa engkau lakukan itu," untuk sesuatu yang saya lakukan, atau bersabda: "Alangkah baiknya kalau engkau melakukan begini," untuk sesuatu yang tidak saya lakukan."
(Muttafaq 'alaih)

621. Daripada as-Sha'bu bin Jatstsamah r.a., katanya:

Yang bermaksud :  "Saya pernah memberikan hadiah kepada Rasulullah s.a.w. berupa seekor keldai liar, kemudian beliau s.a.w. mengembalikannya pada saya. Setelah beliau melihat kecemasan yang tampak di mukaku, lalu beliau s.a.w. bersabda: "Kita tidak mengembalikannya itu padamu, melainkan kerana kita ini sedang melakukan ihram."
(Muttafaq 'alaih)

622. Daripada an-Nawwas bin Sam'an r.a., katanya:

Yang bermaksud :  "Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal kebajikan dan dosa. Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Kebajikan itu ialah baiknya budi pekerti dan dosa itu ialah apa-apa yang engkau rasakan bimbang dalam dada yakni hati dan engkau tidak suka kalau hal itu diketahui oleh orang banyak."
(Riwayat Muslim)

623. Daripada Abdullah bin Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya:  

Yang bermaksud :  "Rasulullah s.a.w. itu bukan seorang yang kotor baik kata-katanya atau tindakannya dan tidak pula seorang yang bersengaja hendak berbuat kekotoran baik kata-kata atau tindakannya." Beliau s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya termasuk dalam golongan orang-orang yang terpilih di antara engkau semua adalah orang yang terbaik budi pekertinya."
(Muttafaq 'alaih)

624. Daripada Abu darda' r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang bermaksud :  "Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan amalannya seseorang mukmin esok pada hari kiamat daripada baiknya budi pekerti dan sesungguhnya Allah itu membenci kepada seorang yang kotor serta rendah kata-katanya yakni yang sentiasa memperbincangkan kemesuman, kejahatan dan Iain-Iain."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis shahih.

625. Daripada Abu Hurairah r.a. katanya:

Yang bermaksud :  "Rasulullah s.a.w. ditanya tentang apakah sebahagian besar amalan yang memasukkan para manusia itu dalam syurga. Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu bertakwa kepada Allah dan bagusnya budi pekerti." Beliau ditanya pula tentang apakah sebahagian besar amalan yang memasukkan para manusia dalam neraka. Beliau menjawab: "Iaitu kerana perbuatan mulut dan kemaluan."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

626. Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang bermaksud :  "Sesempurna-sempurnanya kaum mukminin dalam hal keimanannya ialah yang terbaik budi pekertinya di antara mereka itu sedang orang-orang yang pilihan di antara engkau semua itu ialah yang terbaik hubungan pergaulannya dengan isteri-isterinya."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa Hadis ini adalah hasan shahih.

627. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Saya mendengar Nabi s.a.w. bersabda:

Yang bermaksud :  "Sesungguhnya seorang mukmin itu nescayalah dapat mencapai darjatnya seorang yang berpuasa pada siang harinya dan berdiri bersolat pada malam harinya dengan sebab kebaikan budi pekertinya itu."
(Riwayat Abu Daud)

628. Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang bermaksud :  "Saya adalah seorang yang memberikan jaminan untuk memperoleh sebuah rumah dalam halaman syurga bagi seseorang yang meninggalkan memberikan bantahan, sekalipun ia merasa dalam kebenaran apa yang dibantahnya itu, juga sebuah rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan dusta, sekalipun dengan maksud bersenda gurau, demikian pula sebuah rumah di tanah tinggi syurga bagi seorang yang memperbaiki budi pekertinya."
Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.
Azza'im ertinya seorang yang memberikan jaminan. Makna aslinya ialah pemimpin.

629. Daripada Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang bermaksud :  "Sesungguhnya termasuk golongan orang yang paling saya cintai di antara engkau semua serta yang terdekat kedudukannya dengan saya pada hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya di antara engkau semua itu, dan sesungguhnya termasuk golongan orang yang paling saya benci di antara engkau semua serta yang terjauh kedudukannya dengan saya pada hari kiamat ialah orang-orang yang banyak berbicara, sombong bicaranya serta merasa tinggi apa yang dipercakapkannya itu kerana kebongkakannya." Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah, kita semua telah mengerti apa erti orang yang banyak bicara serta orang yang sombong bicaranya. Tetapi apakah yang dimaksud mutafaihiq itu." Beliau s.a.w. menjawab: "Mereka itu ialah orang-orang yang sombong merasa tinggi isi pembicaraannya."
Diriwayatkan oleh ImamTermidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Atstsartsar ialah orang yang banyak bicaranya secara dipaksa-paksakan sendiri.
Almutasyaddiq ialah orang yang berlagak sombong kepada orang banyak dengan kata-katanya dan kalau berbicara itu serasa penuh isi mulutnya kerana hendak memfasih-fasihkan serta mengagung-agungkan pembicaraannya sendiri itu. Adapun Almutafaihiq asalnya dari kata fahq, iaitu membuat penuh isi mulut dengan percakapannya serta meluas-luaskan apa yang dibicarakannya, bahkan merasa asing(bangga) dengan kata-katanya kerana ketakburan serta perasaan tingginya dan menampakkan bahawa dirinya adalah lebih utama dari orang lain.
Imam Termidzi meriwayatkan dari Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah dalam menafsiri erti "bagusnya budi pekerti" ia mengatakan: "Bagusnya budi pekerti ialah manisnya wajah, memberikan kebaikan dan menahan kejahatan."






Tiada ulasan:

Catat Ulasan