Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 8 April 2013

Bab 74 Sabar, Perlahan-lahan, Kasih-sayang Dan Lemah-lembut.


Allah Taala berfirman:

Yang bermaksud :  "Dan orang-orang yang menahan marahnya serta memaafkan kepada orang banyak dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan."
(ali-lmran: 134)

Allah Taala berfirman pula:

Yang bermaksud :  "Berilah pengampunan, perintahlah kebaikan dan janganlah menghiraukan kepada orang-orang bodoh."
(al-A'raf: 199)

Allah Taala berfirman lagi:

Yang bermaksud :  "Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan itu. Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang sebaik-baiknya, sehingga orang yang bermusuhan antara engkau dengan ia akan menjadi teman yang amat setia. Perbuatan sedemikian itu tidak akan diberikan kepada siapapun, selain dari orang-orang yang berhati sabar dan tidak pula diberikan melainkan kepada orang yang mempunyai keberuntungan besar."
(Fushshilat: 34-35)

Allah Taala juga berfirman:

Yang bermaksud :  "Dan nescayalah orang yang berhati sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya bai yang sedemikian itu adalah termasuk pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan dengan keteguhan hati."
(as- Syura: 43)

630. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Asyaj Abdul Qais:

Yang bermaksud :  "Sesungguhnya dalam dirimu itu ada dua macam perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu sabar dan perlahan-lahan dalam tindakan."
(Riwayat Muslim)

631. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang bermaksud :  "Sesungguhnya Allah itu Maha Lemah-lembut dan mencintai sikap yang lemah-lembut dalam segala perkara."
(Muttafaq 'alaih)

632. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha pula bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang bermaksud :  "Sesungguhnya Allah itu Maha Lemah-lembut dan mencintai sikap lemah-lembut. Allah memberikan sesuatu dengan jalan lemah-lembut, yang tidak dapat diberikan jika dicari dengan cara kekerasan, juga sesuatu yang tidak dapat diberikan selain dengan jalan lemah lembut itu."
(Riwayat Muslim)

633. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha pula bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang bermaksud :  "Sesungguhnya sikap lemah-lembut itu tidak menetap dalam sesuatu perkara, melainkan ia makin memperindah hiasan baginya dan tidak dicabut dari sesuatu perkara, melainkan membuat cela padanya."
(Riwayat Muslim)

634, Daripada Abu Hurairah r.a., katanya:

Yang bermaksud :  "Ada seorang Arab(orang Arab dari daerah Pedalaman) kencing dalam masjid, lalu berdirilah orang banyak padanya dengan maksud hendak memberikan tindakan padanya. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Biarkanlah orang itu dan di atas kencingnya itu siramkan saja setimba penuh air atau segayung yang berisi air. Kerana sesungguhnya saja engkau semua itu dibangkitkan untuk memberikan kemudahan dan bukannya engkau semua itu dibangkitkan untuk memberikan kesukaran."
(Riwayat Bukhari)
Assajlu dengan fathahnya sin muhmalah dan sukunnya jim, ertinya ialah timba yang penuh berisi air, demikian pula ertinya kata adzdzanub.

635. Daripada Anas r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang bermaksud :  "Berikanlah kemudahan dan jangan mempersukarkan. Berilah kegembiraan dan jangan menyebabkan orang lari."
(Muttafaq 'alaih)

636. Daripada Jarir bin Abdullah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang bermaksud :  "Barangsiapa yang tidak dikurniai sifat lemah-lembut, maka ia tidak dikurnia segala macam kebaikan."
(Riwayat Muslim)

637. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki yang berkata kepada Nabi s.a.w.: "Berikanlah wasiat padaku!" Nabi s.a.w. menjawab: "Janganlah engkau marah." Orang itu mengulang-ulangi lagi permintaan wasiatnya sampai beberapa kali, tetapi beliau s.a.w. tetap menjawab: "Janganlah engkau marah."
(Riwayat Muslim)

638. Daripada Abu Ya'la, iaitu Syaddad bin Aus r.a. dari Rasulullah s.a.w., sabdanya:

Yang bermaksud :  "Sesungguhnya Allah itu menetapkan untuk berbuat kebaikan dalam segala hal. Maka jikalau engkau semua membunuh, maka berlaku baiklah dalam membunuh itu dan jikalau engkau semua menyembelih, maka berlaku baguslah dalam menyembelih itu. Hendaklah seseorang dari engkau semua itu mempertajamkan pisaunya serta memberi kelonggaran kepada apa yang disembelihnya itu," seperti mempercepat jalannya pisau, tidak dilapah sebelum benar-benar dingin, memberi minum sebelum disembelih dan Iain-lain.”
(Riwayat Muslim)

Keterangan:

Dalam Agama Islam hukuman bunuh itu juga diadakan, misalnya orang yang berzina muhshan, iaitu dengan cara dirajam (lihat Hadis keempat belas) atau perompak yang menghadang di jalan dengan cara dibunuh lalu disalibkan, juga seperti orang yang bermurtad dari Agama Islam, iapun wajib dibunuh setelah dinantikan tiga hari untuk disuruh bertaubat. Pembunuhannya dengan dipotong lehernya. Dalam hal hukuman bunuh dengan pemotongan leher ini, Rasulullah s.a.w. memberikan tuntunan hendaknya dilakukan dengan sebaik-baiknya, umpama pedang yang digunakan untuk itu hendaklah yang tajam, juga jangan mengadakan siksaan yang tidak-tidak, memotong-motong anggotanya setelah mati, dijadikan tontonan dan Iain-Iain.
Mengenai hukuman rajam, yakni dilempari batu yang sedang, sampai mati untuk orang yang berzina muhshan serta dibunuh lalu disalibkan untuk perompak, maka caranya memang demikianlah yang ditetapkan oleh syariat. Jadi sekalipun tampaknya kurang baik tetapi oleh sebab sudah demikian itu yang digariskan oleh syariat Islam, maka cara itu wajib tetap diikuti, sesuai dengan nash-nash yang ada.
Juga di kala menyembelih binatang untuk dimakan, hendaklah dengan cara yang sebaik-baiknya pula, misalnya pisaunya yang tajam, disenang-senangkan dulu sebelum
disembelih dengan diberi makan minum secukupnya, dibaringkan di tempat yang rata, pisau dijalankan secepat mungkin sampai putuslah urat besar di lehernya,
jangan dikuliti dulu sampai dingin badannya, jangan pula menyembelih yang satu di muka yang lainnya, jangan pula disembelih binatang yang menyusui sebab kasihan anaknya dan Iain-Iain lagi.
Renungkanlah betapa lengkapnya aturan-aturan dalam Agama Islam itu, sampai menyembelihpun diberi tuntunan secukupnya.

639. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:

Yang bermaksud :  "Tidak pernah sama sekali Rasulullah s.a.w. itu diberi pemilihan antara dua macam perkara, melainkan beliau s.a.w. tentu mengambil(memilih) yang termudah di antara keduanya itu, asalkan yang dianggapnya termudah ini bukannya merupakan suatu hal yang dosa. Jikalau hal itu berupa suatu dosa, maka beliau s.a.w. adalah sejauh-jauh manusia daripadanya. Rasulullah s.a.w. juga tidak pernah sama sekali membalas sesuatu yang ditujukan pada diri peribadinya, melainkan jikalau kehormatan Allah itu dilanggar, maka beliau s.a.w. pasti membalasnya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah belaka."
(Muttafaq 'alaih)

640. Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang bermaksud :  "Sukakah engkau semua saya beritahu tentang siapakah orang yang diharapkan masuk neraka atau kepada siapakah neraka itu diharamkan memakannya? Neraka itu diharamkan untuk orang yang dekat pada orang banyak yakni baik dalam bergaul, lemah-lembut, berhati tenang tidak gelabah dalam menghadapi sesuatu serta bersikap mudah memberi pertolongan."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan