Allah
Taala berfirman:
Yang
bermaksud : "Maka oleh kerana itu, segeralah berlari
kepada Allah, sesungguhnya saya adalah pemberi peringatan yang terang dari
Allah padamu."
(adz-Dzariyat:
50)
595. Dari
Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Yang
bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu cinta kepada hamba
yang bertakwa serta kaya dan tersembunyi yakni tidak sebagai orang masyhur dan
tidak dikenal orang kerana tidak mempunyai kedudukan."
(Riwayat
Muslim)
Yang
dimaksud dengan kata alghani yakni kaya itu ialah kaya jiwanya
jadi bukan kaya
hartabenda,
sebagaimana dijelaskan dalam Hadis shahih(lihat Hadis no. 520).
596. Dari
Abu Said al-Khudri r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Ada seorang lelaki berkata: "Manakah
orang yang paling utama itu, ya Rasulullah?" Beliau s.a.w. bersabda:
"Iaitu seorang mukmin yang berjihad dengan badannya dan hartanya
fisabilillah." Kemudian orang itu bertanya lagi: "Selanjutnya siapakah?"
Beliau s.a.w. bersabda: "Kemudian seorang yang memencilkan dirinya dalam
suatu jalanan di gunung maksudnya suatu tempat di antara dua gunung yang dapat
digunakan sebagai kediaman dari beberapa tempat di gunung, untuk menyembah
kepada Tuhannya."
Dalam
riwayat lain disebutkan: "Kerana ia bertakwa kepada Allah dan
meninggalkan para manusia dari keburukannya diri sendiri." jadi
mengasingkan diri dari orang banyak, sehingga tidak akan sampailah keburukannya
diri sendiri itu kepada orang-orang banyak tadi.
(Muttafaq
'alaih)
597. Dari
Abu Said al-Khudri r.a. pula, katanya:
Yang
bermaksud : "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hampir
saja bahawasanya sebaik-baik harta seseorang Muslim itu ialah kambing yang
diikutinya sampai ke puncak gunung serta tempat-tempat hujan iaitu
tempat-tempat yang banyak rumputnya. Orang itu lari ke sana dengan membawa
agamanya kerana takut adanya beberapa macam fitnah."
(Riwayat
Bukhari)
598. Dari
Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:
Yang
bermaksud : "Tidak seorang yang diutus oleh Allah sebagai
Nabi, melainkan ia tentu pernah menggembala kambing." Para sahabat beliau
s.a.w. bertanya: "Dan tuan sendiri apakah juga menggembala
kambing?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ya, sayapun menggembala kambing
itu, iaitu di Qararith. Kambing itu kepunyaan penduduk Mekah." Qararith
itu ada yang mengatakan bahawa ia adalah nama tempat penggembalaan di Mekah,
tetapi ada yang mengatakan bahawa itu adalah nama bahagian dari wang dinar atau
dirham, yakni bahawa beliau s.a.w. menggembala itu dengan menerima upah
qararith.”
(Riwayat
Bukhari)
599. Dari
Abu Hurairah r.a. pula dari Rasulullah s.a.w. bahawasanya ia bersabda:
Yang
bermaksud : "Setengah daripada sebaik-baik keadaan
kehidupan para manusia ialah seseorang yang memegang kendali kudanya untuk
melakukan peperangan fisabilillah, ia terbang di atas punggungnya. Setiapkali
ia mendengar suara gemuruh atau suara dahsyat di medan peperangan itu ia segera
terbang ke sana untuk mencari supaya terbunuh atau kematian yang disangkanya
bahawa di tempat suara gemuruh itulah tempatnya. Atau seseorang yang memelihara
kambing di puncak gunung dari beberapa puncak gunung yang ada, ataupun di suatu
lembah dari beberapa lembah ini. Ia mendirikan solat dan menunaikan zakat serta
menyembah Tuhannya sehingga ia didatangi oleh keyakinan yakni kematian. Tidak
ada dari para manusia itu kecuali dalam kebaikan."
(Riwayat
Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan