Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 11 April 2013

Bab 86 Memenuhi Perjanjian Dan Melaksanakan Janji.


Allah Taala berfirman:

Yang bermaksud :  "Dan penuhilah perjanjian, kerana sesungguhnya perjanjian itu akan ditanyakan."
(al-lsra': 34)

Allah Taala berfirman lagi:

Yang bermaksud :  "Dan penuhilah perjanjian terhadap Allah, jikalau engkau semua menjanjikannya."
(an- Nahl: 91)

Allah Taala juga berfirman:

Yang bermaksud :  "Hai sekalian orang-orang yang beriman, penuhilah janji-janji itu." 
(al-Maidah: 1)

Allah Taala berfirman pula:

Yang bermaksud :  "Hai sekalian orang-orang yang beriman, mengapa engkau semua mengucapkan apa-apa yang tidak engkau semua kerjakan? Besar sekali dosanya di sisi Allah jikalau engkau semua mengucapkan apa-apa yang tidak engkau semua kerjakan itu." 
(as-Shaf: 2-3)

687. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang bermaksud :  "Tandanya orang munafik itu ada tiga, iaitu: jikalau ia berbicara berdusta, jikalau ia berjanji, ia menyalahi dan jikalau ia dipercaya, ia mengkhianati."
(Muttafaq 'alaih)
la menambahkannya dalam riwayat Imam Muslim: "Sekalipun orang itu berpuasa dan bersolat dan mengaku bahawa dirinya adalah seorang Muslim."
688. Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w.
bersabda:

Yang bermaksud :  "Ada empat perkara, barangsiapa yang empat perkara itu semuanya ada di dalam dirinya, maka orang itu adalah seorang munafik yang murni yakni munafik yang sebenar-benarnya  dan barangsiapa yang di dalam dirinya ada satu perkara dari empat perkara tersebut, maka orang itu memiliki pula satu macam perkara dari kemunafikan sehingga ia meninggalkannya, iaitu: jikalau dipercayai ia berkhianat, jikalau berbicara ia berdusta, jikalau berjanji ia tidak menepati  dan jikalau bertengkar maka ia berbuat kecurangan, yakni tidak melalui jalan yang benar lagi." 
(Muttafaq 'alaih)

Keterangan:

Nifaq atau kemunafikan adalah suatu sifat yang ada di dalam hati manusia dan tidak dapat diketahui oleh orang lain. Kemunafikan adalah suatu penyakit rohani yang tidak dapat disembuhkan kecuali oleh orang itu sendiri. Kita dapat mengetahui seseorang itu dihinggapi oleh penyakit kemunafikan, hanyalah semata-mata dari tanda-tandanya yang lahiriah belaka.

Apakah kemunafikan itu? Kemunafikan ialah menunjukkan di luar sebagai seorang Muslim yang benar-benar keislaman dan keimanannya, tetapi dalam hatinya adalah sebaliknya. Orang munafik itu hakikatnya adalah orang yang memusuhi Agama Islam, menghalang-halangi perkembangan dan kemajuan Islam, tidak redha dengan kepesatan dan keluhuran Islam dan dengan segala daya-upaya hendak mematikan Agama Islam. Itulah yang terkandung dalam hatinya yang sebenar-benarnya. Hanya tampaknya saja ia sebagai pemeluk Islam yang setia. Bagi Islam orang munafik itu adalah sebagai musuh dalam selimut. la menggunting dalam lipatan atau menikam kawan dari belakang. Besar benar bahayanya kaum munafik itu terhadap Islam dan kaum Muslimin. Oleh sebab itu Allah swt menjanjikan siksa yang pedih kepada kaum munafik itu dengan firmannya:

Yang bermaksud :  "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ada di dalam tingkat terbawah dari neraka."

Oleh sebab tidak seorangpun yang mengetahui isi hati seseorang, maka oleh Rasulullah s.a.w. diuraikan tanda-tandanya kemunafikan, iaitu ada empat macam perkara. Dijelaskan oleh beliau s.a.w. bahawa barangsiapa yang memiliki empat macam perkara itu keseluruhannya, maka ia benar-benar dapat digolongkan dalam kelompok kaum munafik yang tulen atau murni, bagaikan emas kemunafikannya sudah 24 karat. Tetapi apabila hanya satu perkara saja yang dimilikinya itu, maka ia telah dihinggapi satu macam penyakit kemunafikan tersebut.

Adapun empat perkara itu ialah:

1. Jikalau berbicara berdusta.
2. Jikalau berjanji tidak menepati.
3. Jikalau bertengkar atau bertentangan dengan seseorang, lalu berbuat kejahatan.
4. Jikalau membuat sesuatu perjanjian lalu merosakkan atau membatalkannya sendiri yakni tidak mematuhi isi perjanjian itu dengan sebaik-baiknya.

Dalam Hadis sebelumnya disebutkan bahawa salah satu sifat kemunafikan ialah: Jikalau dipercaya lalu berkhianat. Penyakit kemunafikan itu tetap berjangkit dalam diri seseorang selama sifat-sifat buruk di atas (lima macam) tidak ditinggalkan, sekalipun orang tersebut mengerjakan solat, puasa serta mengaku bahawa dirinya adalah manusia Muslim. 

Amat sederhana sekali tampaknya sifat-sifat kemunafikan yang banyaknya empat atau lima macam di atas itu, tetapi bahayanya amat besar sekali. Oleh sebab itu, selama masih ada satu penyakit kemunafikan itu menghinggapi seseorang, maka tetap ia dapat dianggap sebagai orang munafik, jikalau penyakitnya itu tidak dilenyapkan sendiri, sekalipun taraf kemunafikannya masih rendah.

Jadi kemunafikan seseorang itu dianggap tinggi atau rendah, murni atau tidak, hal itu tergantung kepada banyaknya sifat kemunafikan yang dimiliki olehnya. Jelasnya kemunafikannya itu dapat 20%, 40%, 60%, 80% atau 100% yakni tulen dan murni. Semoga kita semua dihindarkan dari sifat kemunafikan ini selama-lamanya. 

689. Dari Jabir r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda kepada saya: 

Yang bermaksud :  "Andaikata harta dari daerah Albahrain itu benar-benar telah tiba, tentulah saya akan memberimu sekian, sekian dan sekian." Tetapi harta dari Albahrain itu tidak pernah datang sampai Nabi s.a.w. wafat. Kemudian setelah harta dari Albahrain itu datang, Abu Bakar r.a. menyuruh supaya diserukan: "Barangsiapa yang di sisi Rasulullah s.a.w. mempunyai suatu janji atau hutang, maka hendaklah datang ke tempat kami." Saya lalu mendatangi Abu Bakar r.a., dan saya berkata: "Sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah bersabda kepada saya demikian, demikian." Abu Bakar r.a. lalu memberikan kepada saya suatu pemberian, kemudian saya menghitungnya, tiba-tiba jumlahnya itu ialah lima ratus dirham dan Abu Bakar r.a. berkata: "Ambillah dua kalinya itu lagi." 

(Muttafaq 'alaih)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan