Allah
Taala berfirman:
Yang
bermaksud : Dan penuhilah janji, kerana sesungguhnya janji itu
akan ditanyakan."
(al-lsra':
34)
683. Dari
Abu Said al-Khudri r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Sesungguhnya seburuk-buruknya manusia di
sisi Allah dalam hal kedudukannya pada hari kiamat ialah seseorang lelaki yang
menyetubuhi isterinya dan isterinya itupun menyetubuhinya, kemudian
menyiar-nyiarkan rahsia isterinya itu," misalnya mengatakan pada orang lain
perihal cara bersetubuhnya atau apa-apa yang dilakukan sebelum itu dan
lain-lain. Hal ini termasuk dosa besar.”
(Riwayat
Muslim)
684. Dari
Abdullah bin Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Umar r.a. pada suatu ketika
puterinya itu menjadi janda yakni Hafshah. Umar berkata:
Yang
bermaksud : "Saya bertemu Usman bin Affan, kemudian saya
menawarkan padanya akan Hafshah, lalu saya berkata: "Jikalau anda suka,
akan saya kahwinkan anda dengan Hafshah binti Umar." Usman menjawab:
"Akan saya fikirkan dulu persoalanku ini," yakni suka mengahwini atau
tidaknya. Saya berdiam diri beberapa malam maksudnya menantikan sampai beberapa
hari, kemudian ia menemui saya lalu berkata: "Kini telah jelas dalam
pendirian saya bahawa saya tidak akan kahwin pada hariku ini." Selanjutnya
saya bertemu dengan Abu Bakar as-Shiddiq r.a. lalu saya berkata: "Jikalau
anda suka, saya akan mengahwinkan anda dengan Hafshah binti Umar. Abu Bakar
r.a. diam saja dan seterusnya ia tidak kembali padaku sama sekali yakni tidak
memberikan jawapan apa-apa perihal ya atau tidaknya. Oleh sebab tidak menerima
jawapan itu, maka saya lebih sangat marahnya kepada Abu Bakar daripada terhadap
Usman. Selanjutnya saya berdiam diri beberapa malam, kemudian dipinang oleh
Nabi s.a.w. lalu saya mengahwinkan Hafshah itu kepada beliau s.a.w. Setelah itu
Abu Bakar menemui saya, kemudian iapun berkatalah: "Barangkali anda marah
kepada saya ketika anda menawarkan Hafshah pada saya itu, tetapi saya tidak
memberikan jawapan apapun pada anda?" Saya berkata: "Ya." Abu
Bakar lalu berkata lagi: "Sebenarnya saja tidak ada yang
menghalang-halangi saya untuk kembali memberikan jawapan kepada anda itu
perihal apa yang anda tawarkan pada saya, hanya saja kerana saya telah mengerti
bahawa Nabi s.a.w. pernah menyebut-nyebutkan Hafshah tadi maksudnya beliau
s.a.w. ada keinginan akan mengahwininya. Maka oleh sebab itu saya tidak akan
menyiar-nyiarkan rahsia Rasulullah s.a.w. itu. Andai kata beliau s.a.w.
meninggalkannya yakni tidak ada keinginan mengahwininya, nescayalah saya
menerimanya yakni suka mengahwininya.”
(Riwayat
Bukhari)
Taayyamat iaitu menjadi tidak bersuami lagi
yakni janda, kerana suaminya r.a. telah wafat. Wajad-ta ertinya
marah.
685. Dari
Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:
“Kita semua para isteri Nabi s.a.w. sedang berada di sisi beliau s.a.w.
itu. Kemudian menghadaplah puterinya yakni Fathimah radhiallahu 'anha dengan
berjalan dan jalannya itu tidak ada salahnya sama sekali yakni sama
persis dari jalannya Rasulullah s.a.w. Ketika beliau s.a.w. melihatnya,
beliaupun menyambutnya dengan baik dan bersabda: "Marhaban hai
puteriku." Fatimah disuruhnya duduk di sebelah kanannya atau menurut
riwayat lain di sebelah kirinya. Seterusnya Nabi s.a.w. membisikinya, lalu
Fathimah menangis dengan tangisnya yang keras sekali. Setelah beliau s.a.w.
melihat kegelisahan puterinya lalu dibisikinya sekali lagi, lalu Fathimah
tertawa." Saya(Aisyah) berkata kepada Fathimah: "Engkau telah
diistimewakan oleh Rasulullah s.a.w. di antara sekelian isteri-isterinya dengan
dibisiki, kemudian engkau menangis." Sesudah Rasulullah s.a.w. berdiri
dari tempatnya, lalu saya(Aisyah) bertanya kepada Fatimah: "Apakah yang
disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. padamu itu?" Fatimah menjawab:
"Saya tidak akan menyiar-nyiarkan apa yang dirahsiakan oleh Rasulullah
s.a.w." Sesudah Rasulullah s.a.w. wafat, saya berkata kepada Fatimah:
"Saya bersengaja hendak bertanya kepadamu dengan cara yang sebenarnya,
supaya engkau meberitahukan kepadaku apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.
Fatimah menjawab: "Kalau sekarang, baiklah saya memberitahukan itu. Adapun
yang dibisikkan oleh beliau s.a.w. pada pertama kalinya, iaitu beliau s.a.w.
memberitahukan kepada saya bahawasanya Jibril dahulunya memberikan kepadanya
wahyu dari al-Quran itu dalam setahun sekali, sedang sekarang dalam setahun
diberikan dua kali. Beliau s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya saya tidak
mengetahui tentang datangnya ajalku itu, melainkan tentu sudah dekat. Maka dari
itu bertakwalah engkau dan bersabarlah, sesungguhnya saja sebaik-baiknya orang
yang mendahului ialah saya mendahuluimu." Kerana itu lalu saya menangis
sebagaimana tangisku yang anda lihat dulu itu. Selanjutnya setelah beliau
s.a.w. melihat betapa kegelisahan hatiku, lalu saya dibisikinya untuk kedua
kalinya, lalu beliau bersabda: "Hai Fatimah, tidakkah engkau suka jikalau
engkau menjadi penghulu(pemimpin) dari seluruh wanita dari kalangan kaum
mukminin atau penghulu dari seluruh wanita dari kalangan umat ini?" Oleh
kerana itu, maka sayapun ketawa sebagaimana yang anda lihat dulu itu."
(Muttafaq
'alaih. Ini adalah lafaznya Imam Muslim)
686. Dari
Tsabit dari Anas r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Rasulullah s.a.w. mendatangi saya dan di
waktu itu saya sedang bermain-main dengan beberapa orang anak. Beliau s.a.w.
mengucapkan salam pada kita, kemudian menyuruh saya untuk sesuatu keperluannya.
Oleh sebab itu saya terlambat mendatangi ibuku. Selanjutnya setelah saya
datang, ibu lalu bertanya: "Apakah yang menahanmu sampai terlambat
datangnya ini?" Saya berkata: "Saya diperintah oleh Rasulullah s.a.w.
untuk sesuatu keperluannya." Ibu bertanya: "Apakah hajatnya
itu?" Saya menjawab: "Itu adalah rahsia." Ibu berkata:
"Kalau begitu jangan sekali-kali engkau memberitahukan rahsia Rasulullah
s.a.w. tersebut kepada siapapun jua." Anas berkata: "Demi Allah,
andai kata rahsia itu pernah saya beritahukan kepada seseorang, nescayalah saya
akan memberitahukan hal itu kepadamu pula, hai Tsabit."
(Diriwayatkan
oleh Imam Muslim, sedang Imam Bukhari meriwayatkan sebahagian dengan
diringkaskan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan