1635. Daripada Ibnu Umar radhiallahu
'anhuma, katanya:
Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. melarang
penguncitan yakni mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian
lainnya."
(Muttafaq 'alaih)
1636. Daripada Ibnu Umar radhiallahu
'anhuma pula, katanya:
Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. melihat
seorang anak yang sebahagian kepalanya telah dicukur, sedang sebahagian lainnya
tidak, lalu beliau s.a.w. melarang orang-orang itu berbuat sedemikian itu dan
bersabda: "Cukurlah seluruhnya atau biarkan saja seluruhnya tanpa dicukur."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan
isnad shahih menurut syaratnya Imam-imam Bukhari dan Muslim.
1637. Daripada Abdullah bin Ja'far
radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. menantikan kepada keluarga Abu
Jaafar selama tiga hari dan mereka itu dalam suasana berkabung kerana
meninggalnya Jaafar. Kemudian beliau s.a.w. mendatangi mereka setelah itu, lalu
bersabda:
Yang Bermaksud : "Janganlah engkau semua
menangisi lagi kepada saudaraku Jaafar itu setelah hari ini." Selanjutnya
beliau s.a.w. bersabda pula: "Panggilkanlah ke mari anak-anak saudaraku
itu." Kita semua yakni anak-anak Jaafar didatangkan dan kita semua adalah
seolah-olah anak burung yakni amat kecil-kecil sekali. Beliau s.a.w. lalu
bersabda: "Panggilkan tukang cukur ke mari." Tukang cukur itu lalu
diperintah untuk mencukur semua kepala kita.”
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan
isnad shahih menurut syaratnya Imam-imam Bukhari dan Muslim.
1638. Daripada Ali r.a., katanya:
Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. melarang
kalau wanita itu mencukur rambutnya."
(Riwayat Nasa'i)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan