Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 7 Julai 2013

Bab 286 Mengukuhkan Keharamannya Makan Harta Anak Yatim

Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang makan harta-harta anak yatim dengan cara penganiayaan, maka hanyasanya yang mereka makan dalam perut mereka itu adalah api neraka dan mereka akan masuk dalam neraka Sa'ir." 
(an-Nisa': 10)

Allah Taala juga berfirman:

Yang Bermaksud : "Dan janganlah engkau mendekat kepada harta-harta anak yatim, melainkan dengan cara penggunaan yang lebih baik seperti menjaga dan memperkembangkannya." 
(al-An'am: 152)

Allah Taala juga berfirman:

Yang Bermaksud : “Dan mereka sama menanyakan tentang anak-anak yatim. Katakanlah: "Berbuat baik kepada mereka itu adalah yang terbaik dan jikalau engkau semua bergaul baik-baik dengan mereka, maka mereka itupun saudara-saudaramu dan Allah mengetahui siapa orang yang membuat kerosakan dari orang yang berbuat kebaikan."
(al-Baqarah: 220)

1611. Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., bersabda: 

Yang Bermaksud : "Jauhilah tujuh macam hal yang merosakkan." Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah.apakah tujuh macam hal itu?" Beliau s.a.w bersabda:
"Iaitu menyekutukan sesuatu dengan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah, melainkan dengan hak yakni berdasarkan kebenaran menurut syariat Agama Islam makan harta riba, makan harta anak yatim, mundur pada hari berkecamuknya peperangan serta mendakwa kaum wanita yang muhshan pernah bersuami lagi mukmin dan pula lalai dengan dakwaan melakukan zina.” 
(Muttafaq 'alaih)


Almubiqat ertinya hal-hal yang merosakkan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan