Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 10 Julai 2013

Bab 299 Makruhnya Berjalan Dengan Mengenakan Sebuah Terumpah Atau Sebuah Sepatu Khuf Tanpa Adanya Uzur Dan Makruhnya Mengenakan Terumpah Atau Sepatu Khuf Dengan Berdiri Tanpa Uzur

1646. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Janganlah seseorang di antara engkau semua itu berjalan dengan mengenakan sebuah terumpah saja. Hendaklah kedua-duanya itu dikenakan semua atau hendaklah dilepaskan sajalah semuanya."

Dalam riwayat lain disebutkan:

Yang Bermaksud : "Atau hendaklah ditanggalkan saja keduanya itu  misalnya di waktu yang satu putus dan Iain-Iain." 
(Muttafaq 'alaih)

1647. Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau tali terumpah seseorang di antara engkau semua putus, maka janganlah berjalan pada yang satunya yang tidak putus sehingga ia membetulkan keduanya itu." 
(Riwayat Muslim)

1648. Daripada Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. melarang kalau seseorang itu mengenakan terumpahnya sambil berdiri. 

Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad hasan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan