Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 12 Julai 2013

Bab 305 Haramnya Menggambar Binatang Di Hamparan, Batu, Baju, Wang Dirham, Wang Dinar, Guling Bantal Dan Iain-lain, juga Haramnya Menggunakan Gambar Tadi Diletakkan Di Dinding Atap, Tabir, Sorban, Baju Dan Sebagainya Serta Perintah Merosakkan Gambar Itu

1675. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang membuat gambar-gambar ini yakni apa-apa yang mempunyai ruh, akan disiksa pada hari kiamat. Kepada mereka itu dikatakan: "Hidupkanlah apa yang engkau ciptakan itu." 
(Muttafaq 'alaih)

1676. Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: 

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. datang dari bepergian dan saya telah memberikan tutup dalam rumahku dengan tabir yang tipis sekali, di situ ada beberapa gambar boneka. Setelah Rasulullah s.a.w. melihatnya lalu berubahlah warna wajahnya, kemudian berkata:
"Hai Aisyah, sesangat-sangatnya manusia dalam hal siksanya di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang-orang yang menyamai dengan apa-apa yang diciptakan oleh Allah."
Aisyah radhiallahu 'anha berkata: "Tabir itu lalu kami potong-potong kemudian kami jadikan sebuah atau dua buah bantal daripadanya." 
(Muttafaq 'alaih)

Alqiram dengan kasrahnya qaf, ertinya ialah tabir, sedang Assahwah ialah ruangan yang ada di muka rumah. Ada pula yang mengatakan bahawa ertinya ialah jalan di rumah yang membuka langsung di dinding.

1677. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Semua tukang gambar yang mempunyai ruh itu dalam neraka, untuknya diciptakan seorang bagi setiap gambar yang digambar olehnya, lalu orang itu menyiksanya di neraka Jahanam."
Ibnu Abbas berkata: "Jikalau engkau dengan pasti harus membuatnya yakni perlu sekali membuat gambar-gambar itu, maka buat sajalah gambar pohon atau sesuatu yang tidak ada ruhnya.”
(Muttafaq 'alaih)

1678. Daripada Ibnu Abbas r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang menggambar sesuatu gambar apa-apa yang mempunyai ruh di dunia, maka ia akan dipaksa untuk meniupkan ruh di dalam apa yang digambarkannya itu esok pada hari kiamat, tetapi ia tidak dapat meniupkan ruh di situ." 
(Muttafaq 'alaih)

1679. Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya sesangat-sangat manusia perihal siksanya pada hari kiamat ialah para tukang gambar apa-apa yang mempunyai ruh." 
(Muttafaq 'alaih)

1680. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Allah Taala berfirman: "Siapa orang yang lebih menganiaya daripada seseorang yang mencuba-cuba menciptakan sebagaimana yang Aku menciptakannya. Baiklah mereka itu membuat seekor semut kecil atau baiklah membuat sebuah biji atau baiklah mereka itu menciptakan sebiji sya'ir."
(Muttafaq 'alaih)

1681. Daripada Abu Thalhah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Malaikat tidak akan masuk dalam rumah yang di dalamnya ada anjingnya atau ada gambar apa-apa yang mempunyai ruh."
(Muttafaq 'alaih)

1682. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: 

Yang Bermaksud : "Jibril berjanji kepada Rasulullah s.a.w. akan datang padanya, lalu terlambat sekali kedatangannya itu, sehingga dirasakan amat berat yakni kecewa sekali atas diri Rasulullah s.a.w. itu. Beliau s.a.w. kemudian keluar lalu ditemui oleh Jibril. Nabi s.a.w. mengadukan hal itu kepadanya, lalu Jibril berkata: "Sesungguhnya kita tidak akan memasuki sesuatu rumah yang di dalamnya ada anjing atau ada gambarnya sesuatu yang mempunyai ruh." 
(Riwayat Bukhari) 

Ratsa, ertinya terlambat, dengan tsa' bertitik tiga.

1683. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: 

Yang Bermaksud : "Jibril 'alaihissalam berjanji kepada Rasulullah s.a.w. akan datang padanya di sesuatu saat yang ditentukan, lalu saat itupun tibalah tetapi Jibril belum juga mendatanginya."
Aisyah radhiallahu 'anha berkata: "Nabi s.a.w. pada waktu itu membawa tongkat di tangannya, lalu diletakkanlah tongkat itu dari tangannya sambil bersabda: "Allah dan Rasul-rasulNya tidak akan menyalahi janjinya." Selanjutnya beliau s.a.w. menoleh, tiba-tiba ada seekor anak anjing di bawah tempat tidurnya. Beliau s.a.w. bertanya: "Bila anjing ini masuk?" Saya berkata: "Demi Allah, saya tidak mengetahui bila masuknya". Beliau s.a.w. menyuruh mengambil anak anjing tadi lalu dikeluarkan dari rumah. Kemudian datanglah Jibril 'alaihis-salam. Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: "Tuan telah berjanji pada saya lalu saya duduk menantikan Tuan sedang Tuan tidak datang-datang, apakah sebabnya?" Jibril berkata: "Saya dihalang-halangi oleh anjing yang ada di rumah anda tadi itu. Sesungguhnya kita para malaikat ini tidak akan masuk dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau ada gambar sesuatu yang mempunyai ruh." 
(Riwayat Muslim)

1684. Dari Abul Hayyaj, iaitu Hayyan bin Husain, katanya: Ali r.a. berkata kepada saya: 

Yang Bermaksud : "Tidakkah engkau suka kalau saya perintah sebagaimana yang saya diperintah oleh Rasulullah s.a.w.? Iaitu janganlah engkau membiarkan sesuatu gambar dari apa-apa yang mempunyai jiwa melainkan engkau rosakkan gambar itu, juga janganlah engkau membiarkan sebuah kubur yang menonjol ke atas, melainkan engkau ratakanlah ia  sampai serendah tanah Iain-lain."

(Riwayat Muslim)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan