1609. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu
'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Orang yang kembali dari
hibahnya yakni menarik kembali apa yang sudah diberikannya itu adalah seperti
anjing yang kembali makan tumpah-tumpahannya."
(Muttafaq 'alaih)
Dalam riwayat lain disebutkan: Nabi
s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Perumpamaan orang yang
mengambil kembali sedekahnya adalah seperti seekor anjing yang tumpah-tumpah
lalu ia kembali kepada tumpah-tumpahannya itu, kemudian memakannya."
Dalam riwayat lain disebutkan: Nabi
s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Orang yang kembali pada
hibahnya yakni menarik kembali pemberiannya adalah seperti orang yang kembali
makan tumpah-tumpahannya."
1610. Daripada 'Umar bin al-Khaththab
r.a., katanya:
Yang Bermaksud : "Saya menyedekahkan seekor
kuda kepada sebahagian orang-orang yang berjihad fisabilillah, lalu orang yang
diberi ini menyia-nyiakannya yakni kurang mengurusi makan minumnya dan
Iain-Iain lalu saya ingin membelinya dan saya mengira bahawa ia akan menjualnya
dengan harga murah. Kemudian saya bertanya kepada Nabi s.a.w., lalu beliau
bersabda: "Jangan engkau membeli kuda itu yakni yang sudah engkau
sedekahkan itu dari orang yang menerimanya sendiri dan janganlah engkau menarik
kembali apa-apa yang telah engkau sedekahkan, sekalipun ia akan menjualnya itu
padamu dengan harga sedirham saja, Sebab sesungguhnya orang yang menarik
kembali sedekahnya adalah seperti orang yang kembali makan tumpah-tumpahannya."
(Muttafaq 'alaih)
Hamaltu 'a/a farasin
fi-sabilillah maknanya ialah
saya bersedekah seekor kuda kepada sebahagian orang yang melakukan jihad
fisabilillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan