Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 11 Julai 2013

Bab 302 Haramnya Menangis Dengan Suara Keras Kepada Mayat, Menampar Pipi, Merobek-robek Saku, Mencabuti Rambut, Mencukur Rambut Serta Berdoa Dengan Mendapatkan Kecelakaan Dan Kehancuran

1654. Daripada Umar bin al-Khaththab r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Mayat itu dapat disiksa dalam kuburnya dengan sebab tangisan keras padanya yang disebabkan kematiannya." Dalam riwayat lain disebutkan: "Dengan sebab tangisan yang ditujukan atas dirinya."
(Muttafaq 'alaih)

1655. Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tidak termasuk golongan kita(kaum Muslimin) orang yang memukul-mukul pipi, mencabik-cabik saku dan berdoa dengan doa-doa cara zaman Jahiliyah." 
(Muttafaq 'alaih)

1656. Daripada Abu Burdah, katanya: 

Yang Bermaksud : "Abu Musa sakit lalu ia tidak sedarkan diri, sedang kepalanya di atas pangkuan isterinya yakni dari kalangan keluarganya. Setelah isterinya melihat itu lalu mulailah ia berteriak-teriak dengan teriakan keras sekali, sedang Abu Musa tidak dapat menolak yakni melarang sedikitpun dari perbuatan isterinya tadi sebab masih dalam keadaan tidak sedar. Setelah Abu Musa sedarkan diri kembali, iapun lalu berkata: "Saya melepaskan diri yakni tidak ikut bertanggungjawab terhadap sesuatu yang Rasulullah s.a.w. sendiri juga melepaskan diri daripadanya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berlepas diri dari orang yang bersuara keras-keras dalam menangisnya, juga dari orang yang mencukur rambut serta orang yang mencabik-cabik saku ketika ada seseorang keluarga yang meninggal dunia." 
(Muttafaq 'alaih)

Ashshaliqah iaitu wanita yang mengeraskan suaranya dengan tangisan dan menyebut-nyebutkan sifat-sifat mayat dengan suara keras pula. 
Athaliqah ialah yang mencukur rambutnya ketika memperoleh mushibah atau bencana.
Asysyaqqah ialah yang merobek-robek pakaiannya.

1657. Daripada al-Mughirah bin Syu'bah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang ditangisi dengan suara keras ketika matinya, maka sesungguhnya ia akan disiksa dengan tangisan keras yang ditujukan pada dirinya itu besok pada hari kiamat." 
(Muttafaq 'alaih)

1658. Daripada Ummu Athiyah, iaitu Nusarbah, dengan dhammahnya nun dan boleh pula, dengan fathahnya menjadi Nasaibah, radhiallahu 'anha, katanya: 

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. meminta kepada kita semua ketika mengadakan bai'at, iaitu supaya kita tidak menangis keras-keras ketika ada orang mati."
(Muttafaq 'alaih)

1659. Daripada an-Nu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma, katanya: 

Yang Bermaksud : "Pada suatu ketika Abdullah bin Rawahah r.a. pingsan yakni tidak sedarkan diri, lalu saudara perempuannya menangisinya dengan mengucapkan: "Aduhai tuanku," serta Iain-Iain yang sedemikian, sedemikian. la menghitung-hitungkan kebaikan saudaranya itu sebagaimana hal ehwal zaman Jahiliyah. Setelah Abdullah sedarkan diri kembali, iapun berkata: "Tiada sesuatu ucapan yang engkau ucapkan itu, melainkan kepada sayapun ditanyakan: "Apakah engkau juga demikian? Maksudnya apakah engkau benar-benar seperti yang diucapkan oleh saudarimu itu?" 
(Riwayat Bukhari)

1660. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: 

Yang Bermaksud : "Sa'ad bin Ubadah r.a. mengeluh karena sesuatu penyakit yang diderita olehnya. Kemudian Rasulullah s.a.w. mendatangi untuk menjengoknya bersama Abdur Rahman bin 'Auf, Sa'ad bin Abu Waqqash dan Abdullah bin Mas'ud. Setelah beliau s.a.w. memasuki tempatnya, beliau menemukannya sedang tidak sedarkan diri, lalu bersabda: "Apakah sudah meninggal dunia." Para sahabat berkata: "Belum, ya Rasulullah". Rasulullah s.a.w. lalu menangis. Orang-orang banyak setelah melihat tangis Nabi s.a.w. itu, merekapun menangis pula, kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Tidaklah engkau semua mendengar? Sesungguhnya Allah itu tidak menyiksa kerana keluarnya airmata dari mata, tidak pula kerana kesedihan hati, tetapi Allah menyiksa kerana ini (dan beliau s.a.w. menunjuk kepada lisannya) atau Allah akan memberikan kerahmatan." 
(Muttafaq 'alaih)

1661. Daripada Abu Malik al-Asy'ari r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Seseorang wanita yang menangisi keras-keras kepada mayat itu apabila ia tidak bertaubat sebelum matinya, maka ia akan didirikan pada hari kiamat nanti dengan mengenakan baju gamis yang dibuat dari tir serta baju besi yang penuh kutu penyakit kudis." 
(Riwayat Muslim)

1662. Daripada Usaid bin Abu Usaidat-Tabi'i dari seorang wanita dari golongan orang-orang yang mengadakan bai'at kepada Nabi s.a.w., katanya: 

Yang Bermaksud : "Dalam rangka pembai'atan yang diambil oleh Rasulullah s.a.w. mengenai berbagai kebaikan yang kita tidak boleh melanggarnya ialah: Kita tidak boleh mencakar-cakar muka kita, tidak boleh berdoa memperoleh kecelakaan, tidak boleh mencabik-cabik saku dan tidak boleh mencabuti rambut ketika ada orang mati."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad hasan.

1663. Daripada Abu Musa r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tiada satu mayatpun yang meninggal dunia lalu orang-orang yang menangisinya itu sama berdiri sambil mengucapkan:
"Aduhai pelindungku, aduhai tuanku atau yang semacam dengan tu, melainkan Allah mengutus dua malaikat yang memukuli mayat tersebut sambil mengucapkan: "Apakah engkau benar-benar seperti yang diucapkan oleh orang-orang itu?"
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Allahzu ialah menyodok dengan kepalan tangan ke arah dada.

1664. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Ada dua perkara yang ada di kalangan para manusia dan menyebabkan mereka itu menjadi kafir kalau menyakinkan bahawa perbuatan itu boleh menurut agama, iaitu mencemarkan nasab yakni keturunan dan menangisi dengan suara keras kepada mayat." 

(Riwayat Muslim)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan