Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 8 Julai 2013

Bab 292 Haramnya Orang-orang Lelaki Menyerupakan Diri Sebagai Kaum Wanita Dan Haramnya Kaum Wanita Menyerupakan Diri Sebagai Kaum Lelaki, Baik Dalam Pakaian, Gerakan Tubuh Dan Lain-lain

1628. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: 

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. melaknat kepada orang-orang lelaki yang berlagak banci yakni bergaya sebagai wanita, juga orang-orang perempuan yang berlagak sebagai orang lelaki."

Dalam riwayat lain disebutkan:

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. melaknat kepada orang-orang lelaki yang menyerupakan diri sebagai kaum wanita dan orang-orang perempuan yang menyerupakan diri sebagai kaum lelaki."
(Riwayat Bukhari)

1629. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: 

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. melaknat kepada seorang lelaki yang mengenakan pakaian orang perempuan, juga melaknat orang perempuan yang mengenakan pakaian orang lelaki".
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.

1630. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya:  "Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah saya melihat keduanya itu,'* iaitu sekelompok kaum yang memegang cemeti sebagai ekor lembu, mereka memukul para manusia dengan cemeti tadi dan beberapa kaum wanita yang berpakaian tipis, telanjang sebagian tubuhnya, berjalan dengan gaya kecongkaan dan memiringkan bahu-bahunya yakni jalannya diserupakan dengan kaum lelaki yang menunjukkan kesombongannya. Kepala kaum wanita ini adalah seperti unta gemuk yang miring jalannya. Mereka itu tidak dapat masuk syurga dan tidak dapat memperoleh bau harum syurga, padahal sesungguhnya bau harum syurga itu dapat dicapai dari jarak perjalanan sejauh sekian dan sekian yakni amat jauh sekali." 
(Riwayat Muslim)

Makna Kasiyat ialah mengenakan kenikmatan Allah, sedang 'Ariyat ialah sunyi dari ucapan syukur kepada kenikmatan-kenikmatan itu. Ada yang mengatakan bahawa maknanya itu ialah menutupi sebahagian tubuhnya dan membuka sebahagian yang lain, untuk menampakkan kecantikannya dan Iain-Iain. Ada pula yang mengatakan bahawa ertinya itu ialah mengenakan pakaian yang tipis untuk menunjukkan keadaan warna tubuhnya. Mailat ertinya, ada yang mengatakan miring yakni tidak jujur dari ketaatan kepada Allah dan apa-apa yang harus dipeliharanya dan Mumilat ialah mengajarkan kelakuan-kelakuannya yang tercela di atas itu kepada orang lain. Ada lagi yang mengatakan bahawa ertinya Mailat ialah berjalan dengan gaya kesombongan dan Mumilat ialah bahawa jalannya tadi memiringkan bahu-bahunya. Apa pula yang mengatakan bahawa Mailat ialah menyisir rambutnya dengan sisiran yang miring dan ini adalah cara menyisirnya kaum wanita pelacur, sedang "Mumilat" ialah menyisir orang lain dengan cara sebagaimana tersebut di atas itu. Ru-usuhunna ka-asminatii bukhti yakni kepala-kepala mereka itu dibesar-besarkan sendiri dan digemuk-gemukkannya dengan melipatkan sorban, ikatan kain dan Iain-lain sebagainya.

* Saya belum pernah melihat kedua golongan itu, yakni semasih beliau s.a.w. hidupnya dahulu, Hadis ini adalah salah satu dari sekian banyak mukjizat beliau s.a.w. yang menunjukkan bahawa kedua golongan itu akan terjadi sesudah beliau s.a.w. dan pada zaman kita ini banyak kita saksikan.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan