1690 Daripada Anas r.a. bahawasanya
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Berludah di masjid adalah
suatu kesalahan, sedang dendanya kesalahan tadi ialah menimbun ludah
tersebut."
(Muttafaq alaih)
Maksudnya menimbun ludah ialah apabila
lantai masjid itu berupa tanah, pasir dan yang semacam itu, maka wajiblah Ia
menutupinya di bawah tanah tersebut.
Abulmahasin Arruyani berkata dalam
kitabnya yang bernama Albahr:
"Dikatakan bahawa yang dimaksud
dengan menimbunnya itu ialah mengeluarkan ludah tersebut dari masjid."
Adapun kalau masjid itu berlantai tegel
ataupun pelur semen, kemudian ada orang yang menggosok-gosokkan ludah itu di
masjid sebagaimana di atas itu dengan kakinya ataupun Iain-Iain, seperti yang
dilakukan oleh sebahagian banyak dari orang-orang yang bodoh, maka yang
sedemikian itu bukanlah bererti menimbunnya, tetapi sahkan menambah dengan
kesalahan yang lain, lagi makin memperbanyak kotoran itu di masjid. Oleh sebab
itu orang yang sudah terlanjur melakukan semacam itu, hendaklah mengusapnya
dengan bajunya, tangannya ataupun Iain-Iain atau membasuhnya yakni mencucinya
dengan air.
1691. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Rasulullah s.a.w.
melihat hingus atau ludah atau kahak di dinding Kaabah, lalu beliau s.a.w.
menggaruknya."
(Muttafaq 'alaih)
1692. Daripada Anas r.a. bahawasanya
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Sesungguhnya masjid-masjid
ini tidak patut untuk melakukan sesuatu dari kencing ini dan tidak patut pula
untuk membuang kotoran. Hanyasanya masjid itu adalah untuk berzikir kepada
Allah Taala dan membaca Al-Quran." Atau semacam di atas itulah yang
disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.
(Riwayat Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan