1698. Daripada Ibnu Umar radhiallahu
'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang makan
buah dari pohon ini yakni bawang putih maka janganlah sekali-kali mendekati
masjid kita."
(Muttafaq 'alaih)
Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan:
"Jangan mendekat ke masjid-masjid kita."
1699. Daripada Anas r.a., katanya:
"Nabi s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang makan
buah dari pohon ini yakni bawang putih, maka janganlah mende.kti kita dan
jangan sekali-kali bersolat bersama dengan kita."
(Muttafaq 'alaih)
1700. Daripada Jabir r.a., katanya:
"Nabi s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang makan
bawang putih atau bawang merah, maka hendaklah menjauhkan diri dari kita atau
pula supaya ia menjauhkan diri dari masjid kita."
(Muttafaq 'alaih)
Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan:
Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang makan
bawang merah, bawang putih dan petai, maka janganlah sekali-kali mendekati
masjid kita, kerana sesungguhnya malaikat itu merasa disakiti yakni tidak
enak perasaannya sebagaimana merasa disakitinya yakni tidak enaknya
perasaan anak Adam daripada bau benda-benda itu."
1701. Daripada Umar bin al-Khaththab
r.a. bahawasanya ia berkhutbah pada hari Jumaat, lalu ia berkata dalam
khutbahnya;
Yang Bermaksud : "Kemudian, sesungguhnya
engkau sekalian itu, wahai para manusia sama makan dari buah kedua pohon ini.
Saya tidak melihat keduanya itu melainkan sebagai benda yang busuk baunya,
iaitu bawang merah dan bawang putih. Saya telah melihat Rasulullah s.a.w.
apabila beliau menyuruh ia datang dan selanjutnya diperintah keluar ke Baqi'.
Maka barangsiapa yang memakan keduanya, hendaklah mematikan dulu baunya dengan
jalan direbus."
(Riwayat Muslim)
Keterangan:
Baqi' ialah tempat pemakaman kaum
Muslimin di Madinah, Maksudnya disuruh pergi ke Baqi' ialah untuk
mempersangatkan ketidaksukaan beliau s.a.w. pada bau kedua buah tersebut kalau
ada di masjid, kemudian supaya menghilangkan bau itu di sana dengan berkumur serta
menggosok gigi dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan