1643. Daripada 'Amr bin Syu'aib dari
ayahnya dari neneknya lelaki r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang Bermaksud : "Janganlah engkau semua
mencabuti uban, sebab uban itu adalah merupakan cahaya seorang Muslim pada hari
kiamat." Hadis hasan
yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi serta Nasa'i dengan
isnad-isnad yang bagus. Imam Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
1644. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha,
katanya: "Rasulullah s a w bersabda:
Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang
mengerjakan sesuatu amalan yang tidak ada perintah dari kita, maka amalan itu
wajib ditolak."
(Riwayat Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan