Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 22 Julai 2013

Bab 341 Makruhnya Menoleh Dalam Solat Tanpa Adanya Uzur

























Makruhnya Menoleh Dalam Solat Tanpa Adanya Uzur :

1752. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:

Yang Bermaksud : "Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal menoleh di waktu solat, lalu beliau s.a.w. bersabda:
"Menoleh itu adalah sambaran kerana lengah yang dilakukan oleh syaitan dengan cara penyambaran yang cepat sekali dalam solatnya seseorang hamba."
(Riwayat Bukhari)

1753. Daripada Anas r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya:
"Takutlah engkau akan menoleh di waktu solat, sebab sesungguhnya menoleh di waktu solat itu menyebabkan kerosakan. Jikalau terpaksa harus menoleh, maka lakukanlah dalam solat sunnah saja, jangan dalam solat fardhu."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.























Tiada ulasan:

Catat Ulasan