Haramnya Berjalan Melalui Mukanya Orang Yang Bersolat :
1755.
Daripada Abul Juhaim iaitu Abdullah bin al-Harits bin as-Shimmah al- Anshari
r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Andaikata
seseorang yang berjalan melalui muka orang yang bersolat itu mengetahui perihal
betapa besarnya dosa yang ditanggung olehnya, necayalah ia akan suka berdiri
menantikannya selama empat puluh, yang itu adalah lebih baik baginya daripada
berjalan melalui muka orang yang bersolat tadi."
Yang
meriwayatkan Hadis ini berkata:
Yang Bermaksud : "Saya
tidak mengerti, apakah yang dimaksudkan itu empat puluh hari atau empat puluh bulan
ataukah empat puluh tahun."
(Muttafaq
'alaih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan