Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 23 Julai 2013

Bab 345 Makruhnya Mengkhususkan Hari Jumaat Untuk Berpuasa Dan Malam Jumaat Untuk Solat Malam

























Makruhnya Mengkhususkan Hari Jumaat Untuk Berpuasa Dan Malam Jumaat Untuk Solat Malam :

1757. Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:

Yang Bermaksud : "Janganlah engkau semua mengkhususkan malam jumaat untuk berdiri mengerjakan solat malam di antara beberapa malam yang lain dan janganlah pula mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa dari beberapa hari yang lain, kecuali kalau kebetulan tepat pada hari puasa yang dilakukan oleh seseorang di antara engkau semua," misalnya bernazar kalau kekasihnya datang ia akan berpuasa, lalu datanglah kekasihnya itu tepat hari Jumaat, kemudian ia berpuasa pada hari itu juga.
(Riwayat Muslim)

1758. Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya:

Yang Bermaksud : "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah sekali-kali seseorang di antara engkau semua itu berpuasa pada hari Jumaat kecuali kalau suka berpuasa pula sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya."
(Muttafaq 'alaih)

1759. Daripada Muhammad bin Abbad, katanya:

"Saya bertanya kepada Jabir r.a.: "Apakah benar Nabi s.a.w. melarang berpuasa pada hari Jumaat?" la menjawab: "Ya."
(Muttafaq ‘alaih)

1760. Daripada Ummul Mu'minin Juwairiyah binti al-Harits radhi-allahu 'anha bahawasanya Nabi s.a.w. masuk dalam rumahnya pada hari Jumaat dan ia sedang berpuasa, lalu beliau s.a.w. bersabda:
"Adakah engkau juga berpuasa kelmarin?" Juwairiyah menjawab: "Tidak." Beliau s.a.w. bertanya pula: "Adakah engkau berkehendak akan berpuasa juga besok?" la menjawab: "Tidak." Kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Kalau begitu berbukalah hari ini."
(Riwayat Bukhari)






























Tiada ulasan:

Catat Ulasan