Makruhnya Keluar Dari Sesuatu Negeri Yang Dihinggapi Oleh Wabak Penyakit Kerana Hendak Melarikan Diri Daripadanya Serta Makruhnya Datang Di Negeri Yang Dihinggapi Itu :
Allah
Taala berfirman:
Yang Bermaksud : "Di
mana saja engkau semua berada, tentu akan dicapai oleh kematian, sekalipun
dalam benteng-benteng tinggi dan kukuh penjagaannya."
(an-Nisa':
78)
Allah
Taala juga berfirman:
Yang Bermaksud : "Dan
janganlah engkau semua menjerumuskan dirimu sendiri dalam kerosakan yakni
kebinasaan."
(al-Baqarah:
195)
1788.
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Umar bin al-Khaththab r.a. keluar bepergian ke Syam
(Palestin), sehingga di waktu ia datang di Sarghu, dijemputlah ia oleh para
pembesar tentera, iaitu Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan kawan-kawannya lalu
mereka memberitahukan padanya bahawa di Syam timbul wabak penyakit taun yakni
kolera.
Ibnu Abbas berkata: "Umar lalu berkata padaku: "Panggilkanlah ke mari orang-orang
dari golongan kaum muhajirin yang pertama kali yakni orang-orang yang dahulu
mengikuti jejak Rasulullah s.a.w. ketika berpindah dari Mekah ke Madinah."
Saya mengundang mereka, lalu Umar meminta mesyuarat pertimbangan dari mereka
itu dan memberitahukan kepada mereka bahawa di Syam timbul wabak penyakit taun.
Kaum muhajirin sama berselisih pendapat. Sebahagian dari mereka berkata:
"Anda keluar untuk melaksanakan sesuatu perkara dan kita tidak mempunyai
pendapat untuk menyetujui anda kembali." Sebahagian dari mereka ada pula
yang berkata: "Bersama anda ini juga banyak manusia yang Iain-Iain, juga
para sahabat Rasulullah s.a.w. dan kita tidak berpendapat untuk menyetujui bahawa
anda akan mengajukan mereka itu untuk menjadi umpan wabak penyakit tersebut."
Umar lalu berkata: "Sekarang menyingkirlah dari tempatku ini!" Selanjutnya
ia berkata: "Panggilkanlah ke mari orang-orang dari golongan kaum Anshar
yakni yang membela Rasulullah s.a.w. sedatangnya di Madinah dari Mekah."
Saya memanggil mereka, lalu Umar meminta mesyuarat kepada mereka dan mereka ini
menempuh jalan sebagaimana halnya kaum muhajirin dan mereka berselisih pendapat
seperti juga kaum muhajirin tadi. Umar lalu berkata: "Sekarang menyingkirlah
dari tempatku ini." Seterusnya ia berkata: "Panggilkanlah ke mari
orang-orang tua Quraisy dari golongan orang-orang yang berpindah sehabis
dibebaskannya Mekah."
Mereka
saya panggil, kemudian ada dua orang yang tidak menyalahi akan pendapatnya
yakni hendak kembali. Mereka berkata: "Kita berpendapat supaya anda pulang
saja dengan semua orang dan janganlah mengajukan mereka untuk menjadi umpan
wabak penyakit itu." Umar kemudian berseru kepada seluruh manusia,
katanya:
"Sesungguhnya
saya akan berpagi-pagi menaiki kenderaan untuk kembali ke Madinah, maka dari
itu supaya anda sekalian juga berpagi-pagi berangkat kembali." Abu Ubaidah
bin al-Jarrah r.a. berkata: "Adakah anda kembali itu kerana lari dari
takdir Allah?"
Umar
r.a. berkata: "Alangkah baiknya kalau selain anda yang mengeluarkan
pembicaraan seperti itu, hai Abu Ubaidah." Umar memang tidak senang kalau
Abu Ubaidah menyalahi pendapatnya iaitu hendak kembali, lalu Umar berkata:
"Ya, kita memang lari dari takdir Allah untuk menuju kepada takdir Allah
pula. Tahukah anda, andaikata anda mempunyai seekor unta lalu ia turun di suatu
jurang yang di kanan kirinya ada tepi berupa lembah. Lembah yang satu subur,
sedang yang lainnya tandus. Tidakkah kalau unta itu tergembala di lembah yang
subur, maka iapun tergembala dengan takdir Allah dan kalaupun ia tergembala di
lembah yang tandus, iapun tergembala dengan takdir Allah pula?"
Ibnu
Abbas berkata: "Selanjutnya datanglah Abdur Rahman bin Auf r.a. la di
waktu itu sedang tidak ada kerana mengurusi sesuatu hajatnya sendiri. la
kemudian berkata: "Sesungguhnya saya mempunyai pengetahuan mengenai
persoalan ini. Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jikalau engkau
semua mendengar adanya wabak taun itu di sesuatu negeri, maka janganlah engkau
semua datang di tempat itu. Tetapi jikalau wabak itu hinggap di sesuatu negeri,
sedang engkau semua sedang berada di situ, maka janganlah engkau semua keluar
dari negeri itu."
Umar
r.a. lalu memuji syukur kepada Allah Taala dan terus berangkat kembali pulang
ke Madinah."
(Muttafaq
'alaih)
Al'Udwah ialah
tepi jurang.
1789.
Dari Usamah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang Bermaksud : "Jikalau engkau semua mendengar
menjangkitnya taun iaitu kolera di sesuatu negeri, maka janganlah engkau semua
masuk ke situ tetapi apabila ia berjangkit di sesuatu negeri dan engkau semua
sedang berada di situ, maka janganlah engkau semua keluar dari negeri tersebut."
(Muttafaq
'alaih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan