Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 27 Julai 2013

Bab 365 Haramnya Seseorang Lelaki Mengenakan Pakaian Yang Dibubuhi Minyak Za'faran































Haramnya Seseorang Lelaki Mengenakan Pakaian Yang Dibubuhi Minyak Za'faran :

1795. Daripada Anas r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Nabi s.a.w. melarang kalau seseorang lelaki itu berpakaian dengan dibubuhi minyak za'faran."
(Muttafaq 'alaih)

1796. Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya:

Yang Bermaksud : "Nabi s.a.w. melihat saya mengenakan dua baju yang disumba dengan ashfar kuning warnanya." Kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Adakah ibumu yang menyuruhmu mengenakan pakaian ini?" Saya berkata: "Apakah saya cuci saja kedua pakaian ini  supaya luntur warnanya? Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Bahkan bakar sajalah keduanya itu." Dalam riwayat lain disebutkan: "Beliau s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya pakaian macam ini adalah dari golongan pakaian-pakaiannya orang-orang kafir, maka janganlah engkau mengenakannya."
(Riwayat Muslim)


(Tapi masyarakat sekarang suka memakai pakaian orang kafir. Kalau tak percaya pergilah mana-mana shopping complex bukan semua. Dah tak kenal mana muslim dan yang mana bukan muslim.  Allahu Akbar. Ya Allah berilah taufik dan hidayahMu, untukku beriman dan bertakwa kepadaMu dan sekelian umat di dunia ini).







Tiada ulasan:

Catat Ulasan