Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 24 Julai 2013

Bab 354 Haramnya Berkabung Meninggalkan Berhias Bagi Seseorang Wanita Atas Meninggalnya Mayat Lebih Dari Tiga Hari, Kecuali Kalau Yang Meninggal Itu Suaminya, Maka Berkabungnya Selama Empat Bulan Sepuluh Hari









Haramnya Berkabung Meninggalkan Berhias Bagi Seseorang Wanita Atas Meninggalnya Mayat Lebih Dari Tiga Hari, Kecuali Kalau Yang Meninggal Itu Suaminya, Maka Berkabungnya Selama Empat Bulan Sepuluh Hari :


1771. Daripada Zainab binti Abu Salamah radhiallahu 'anha, katanya:

Yang Bermaksud : "Saya masuk ke tempatnya Ummu Habibah, iaitu isterinya Nabi s.a.w. ketika ayahnya iaitu Abu Sufian bin Harb meninggal dunia. Ummu Habibah meminta harum-haruman seperti minyak wangi dan sebagainya yang berwarna kuning kerana keaslian kejadiannya atau kuning kerana lainnya  dengan dicampuri bahan penguning dalam membuatnya. la meminyaki seseorang jariah gadis lalu mengenakannya pada pipinya sendiri, kemudian ia berkata: "Demi Allah, saya sebenarnya tidak memerlukan pada harum-haruman ini, hanya saja saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda di atas mimbar: "Tidak halallah bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir itu kalau ia berkabung dengan meninggalkan berhias dan sebagainya kerana meninggal seorang mayat lebih dari tiga hari, kecuali kalau yang meninggal dunia itu ialah suaminya, maka berkabungnya itu adalah selama empat bulan sepuluh hari."
Zainab yang meriwayatkan Hadis ini berkata lagi: "Selanjutnya saya pernah masuk ke tempat Zainab binti Jahsy radhiallahu 'anha ketika saudaranya yang lelaki meninggal dunia. la meminta harum-haruman lalu mengenakan sekadarnya dari harum-haruman itu, kemudian ia berkata: "Sebenarnya, demi Allah saya tidak memerlukan menggunakan harum-haruman ini, hanya saja saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda di atas mimbar: "Tidak halallah bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir, kalau ia berkabung dengan meninggalkan berhias dan sebagainya kerana meninggalnya seseorang mayat, lebih dari tiga hari, kecuali kalau yang meninggal dunia itu adalah suaminya, maka berkabungnya itu adalah selama empat bulan sepuluh hari."
(Muttafaq 'alaih)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan