Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 23 Julai 2013

Bab 346 Haramnya Mempersambungkan Dalam Berpuasa iaitu Berpuasa Dua Hari Atau Lebih Dan Tidak Makan Serta Tidak Minum Antara Hari-hari Itu
























Haramnya Mempersambungkan Dalam Berpuasa iaitu Berpuasa Dua Hari Atau Lebih Dan Tidak Makan Serta Tidak Minum Antara Hari-hari Itu :

1761. Daripada Abu Hurairah dan Aisyah radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. melarang puasa wishal  iaitu mempersambungkan puasa dua hari atau lebih tanpa berbuka sedikitpun.
(Muttafaq 'alaih)

1762. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya:

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. melarang berpuasa wishal  lihat keterangan wishal dalam Hadis 1761. Para sahabat lalu bertanya: "Tetapi sesungguhnya Tuan sendiri juga berpuasa wishal?" Beliau s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya saya ini tidak sama denganmu semua dalam hal berpuasa wishal ini. Sesungguhnya saya juga diberi makan dan diberi minum." Maksudnya Allah Taala memberi kekuatan kepada beliau s.a.w. itu seperti orang yang sudah makan dan minum.
(Muttafaq 'alaih) Ini adalah lafaznya Imam Bukhari










Tiada ulasan:

Catat Ulasan