Suatu
malam, di kamar pengantin baru seorang suami melihat isterinya sedang menangis.
"Sayang?
Kenapa engkau menangis? Itukan cantiknya
berkurang kalau menangis, Sini, menangislah
di dada abang.!!
Sang
isteri dengan penuh sayu melangkah menghampiri suaminya.
"Bang...
Adik minta maaf kalau adik tidak boleh menjadi isteri yang baik untuk abang. Adik
hanya ingin menjadi isteri abang selamanya. Adik takut kalau abang suatu saat
akan meninggalkan adik."
Sang
suami menarik nafas dan kemudian berkata,
"Demi
ALLAH. Tidak terlintas sedikitpun niat di hati abang untuk meninggalkan isteri
tercinta ini, justeru abang yang seharusnya kuatir.
Siapalah
abang ini? Rupawan tidak, kayapun tidak, hanya cinta dan kasih sayang saja
yang abang boleh berikan."
yang abang boleh berikan."
"Beza
sama isteri abang ini. Dah la cantik, kaya, lemah lembut, manja, genit juga
kadang-kadang.
"Sambung
si suami disertai tawa demi menyembunyikan kegusarannya.
Maka
tertawalah sepasang suami isteri yang diredhai ALLAH tersebut.
Beberapa tahun kemudian
"Abang...
Adik tau kenapa ALLAH mengambil abang daripada adik.. Adik ikhlas. ALLAH
menyayangi abang.
Adik
janji, adik akan membesarkan anak-anak kita dengan ajaran al Quran dan didikkan
agama sebagaimana yang selalu abang inginkan.
"Sungguh...
Cinta adik tidak akan pernah pudar.
Cinta adik tidak akan pernah pudar.
Justeru
ia akan selalu bersemi. Bersemi kerana cinta ini ikhlas kerana ALLAH."
"Dan
demi ALLAH...
Adik
akan kuatkan diri untuk melanjutkan perjalanan hidup di bumi ALLAH ini.
Dengan
berbekal cinta dari abang dan demi anak-anak kita."
"Semoga
abang ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Adik pulang dulu ya..
Assalamu'alaikum,
suamiku.
Lalu
sang isteri berlalu meninggalkan pusara suami tercinta.
Subhanallah.
Semoga
kita d berikan jodoh yang soleh wa solehah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan