Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 14 Disember 2013

N 74 : SOLAT LIMA WAKTU ASAS KETENANGAN

LELAKI yang tenang itu, adalah LELAKI yang menjaga solatnya. 34 kali sujud dalam sehari, adalah titik ketenangan.
Sebab tu WANITA, kalau tak boleh SOLAT, emosi tak stabil. Sebab tak dapat 34 kali sujud setiap hari dia 'cuti'.
SOLAT 5 waktu = 34 kali sujud. Jumlah sujud ni, cukup untuk beri ketenangan. Jadi, terjaga SOLAT, terjagalah ketenangan.
Menjaga SOLAT, bukan saja solat 5 waktu, tapi SOLAT di awal waktu. Sujud yang dapat pada awal waktu, itu yang menyumbang pada ketenangan.
Ustaz ada cakap, LELAKI yang selalu asyik panas baran, barangkali, puncanya adalah dari SOLATnya yang tidak dijaga.

Jadi, resipi ketenangan, adalah SOLAT cukup 5 waktu dan SOLAT pada awal waktu. Jangan lewat-lewatkan. Nasihat untuk diri dan semua.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan