Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 12 Disember 2013

N 62 : TIGA BELAS SIFAT SUAMI YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM KELUARGA

1. Ia sentiasa mengajak isterinya untuk menjadi wanita yang selalu beriman dan bertakwa kepadaNya.

2. Ia sentiasa berusaha menjadikan rumah sebagai syurga bagi isteri dan anak-anaknya.

3. Ia sentiasa berusaha untuk bertanggungjawab atas segala keperluan nafkah isteri dan anaknya dengan rezeki yang halal.

4. Ia sentiasa membimbing isterinya menjadi seorang isteri yang selalu taat kepada suami.

5. Ia sentiasa bersikap ramah dan penyayang kepada isteri dan anak-anaknya.

6. Ia selalu menjaga cinta dan kasih sayangnya hanya kepada isterinya, pantang baginya untuk mudah berpaling kepada wanita lain.

7. Ia sentiasa berusaha untuk menasihati isterinya di saat khilaf dan berbuat kesalahan dan tidak segan-segan ia memaafkannya.

8. Ia sentiasa berusaha bersabar dalam menyikapi (misalnya) sifat buruk isterinya. Ia dengan telaten(nasihat) akan mengarahkannya untuk berubah menjadi lebih baik.

9. Ia sentiasa berusaha untuk lebih mengingat kebaikan isterinya di banding dengan mengungkit-ngungkit keburukannya.

10. Ia sentiasa berusaha menyelesaikan setiap permasalahan rumahtangga dengan sebaik-baiknya dan tak mudah menceritakannya kepada orang lain.

11. Ia sentiasa berusaha menjadi pemimpin yang baik dan bijak serta menjadi contoh yang baik bagi isteri dan anak-anaknya.

12. Ia selalu punya waktu untuk berkumpul santai bersama isteri dan anak-anaknya.

13. Dan ia tidak merasa berat hati untuk memberi maaf kepada isterinya jika berbuat khilaf, serta tidak merasa rendah diri untuk meminta maaf kepada isterinya jika ia berbuat khilaf.

SUBHANALLAH
Semoga ALLAH Sentiasa membimbing kita, baik para suami atau isteri untuk selalu berbuat kebaikan, harmonis dan bertanggungjawab hingga hubungannya menuju sakinah, mawaddah wa rahmah.
Aamiin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan