Suami : Ustaz..Perempuan simpanan saya lebih
ramping tubuhnya..tapi isteri saya gemuk..
Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah
mengandungkan zuriat kamu ke? tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk
tubuhnya dari kamu..
Isteri kamu pulak sanggup
korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari
bentuk tubuh badannya.
Suami : Tapi ustaz..Perempuan simpanan saya
lebih manja dan lemah lembut.. Isteri saya jarang ada masa untuk saya dan
kadang-kadang garang..
Ustaz : Perempuan simpanan kamu tak ada
tanggungjawab untuk dipikul tentang kamu..Dia tak perlu ambil tahu semua
masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa
nampak gembira bila bersama kamu, tapi isteri kamu memikul semua beban masalah
kamu, masanya terpaksa dibahagi-bahagi antara kamu dan anak-anak kamu.. kerana
dia tahu menjaga anak-anak kamu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya
padamu..
Suami : Isteri saya jarang memujuk saya
ustaz..Tak seperti perempuan simpanan saya..
Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah
puas memujuk anak-anak kamu bila mereka bertanya ke mana kamu pergi tak pulang
sampai ke pagi. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu
tentang mereka. Mereka bersedih
memikirkan kamu yang tak ada masa untuk bersama mereka. Isteri kamu sudah cukup
melindungi maruah kamu di depan mata anak-anak kamu sedangkan kamu sendiri
terus hanyut bergelumang dosa bersama perempuan simpanan kamu itu. Perempuan
simpanan kamu itu pernah ke terfikir tentang maruah kamu?
Suami : ..tapi kan ustaz....
Ustaz : cam ni lah....kalau isteri awk sentiasa tak cukup sempurna di mata awk,
awk ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik utk lelaki yg tak tahu
bersyukur seperti awk. Cuba awk pikir, klau bukan krn dia yg korbankan bentuk
tubuhnya krn awak, sepanjang hayat awk tak akan melihat waris keturunan awk.
klau dia mahu, dia juga boleh memilih utk mencintai dirinya sendiri dari
mencintai awk.. tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awk
hargai. Bukan dia yg tak cukup sempurna utk awk tp awklah yang tidak layak
mendapat seorang isteri seperti dia. Lebih baik awk nilai diri awk sendiri dari
awk menilai isteri awk krn dia ibu kpd anak2 awk...
Oleh itu, untuk hidup di bumi ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA ini, kita tidak boleh fikir diri kita sahaja….
Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad
Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Barik Wa Sallim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan