Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 12 Disember 2013

N 65 : CONTOHI RASULULLAH SAW

(1) Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar, tapi kerana RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM melakukannya.
(2) Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut.
dengan isterinya akan marah dan pergi dari rumah, tapi kerana
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM melakukannya.
(3) Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri, tapi kerana RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM melakukannya.
(4) Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya, tapi kerana RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM melakukannya.
(5) Suami memakan makanan isterinya yang masin ataupun yang keras bukan kerana mencuba romantis di depan isteri, tapi kerana RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM melakukannya.
(6) Suami mengumpulkan sejumlah dana untuk disimpan isteri bukan kerana bodoh dalam mengatur kewangan, tapi kerana RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM melakukannya.
(7) Suami merawat anak-anak kecil ketika mereka sakit bukan kerana mereka sesuai jadi perawat peribadi, tapi kerana RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM melakukannya.


Indahnya hubungan, kalau kita mencontohi RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan