Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 11 Disember 2013

N 51 : PERANGAI MANUSIA: SEBELUM DAN SELEPAS DAPAT KERJA

Sebelum dapat kerja :

Ya ALLAH, murahkanlah rezeki aku. Aku memohon kepadaMu agar aku dapat pekerjaan bagi meringankan beban pada diriku dan juga keluargaku.

Selepas dapat kerja:


-Esok hari Isnin. Bosan!
-Letih la buat kerja macam ni!!
-Bos ni tak reti bagi aku rehat ke? Asyik bagi kerja je (sebenarnya dah rehat jam 9 pagi di kedai kopi dan balik makan tengahari)
-Hujung bulan, dapat gaji terus habis duit bayar sekian sekian (lupa bahawa dulu tiada rumah dan kenderaan sendiri)
Kerja itu satu wasilah untuk ALLAH SUBHANAHU WA TAALA beri rezeki kepada kita, tetapi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA boleh bagi dengan pelbagai lagi jalan lain dengan iradatNya. Maksud rezeki itu sendiripun tersangatlah luas. Ada orang banyak duit, tapi tiada masa yang lapang untuk rakan atau keluarga. Ada pula yang tak berduit tapi punyai masa yang sangat lapang. Ada juga yang kaya raya tapi kekayaannya dihabiskan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit yang menimpanya. Ada pula yang miskin tapi mempunyai keluarga yang sangat-sangat bahagia. Kena ingat, bukan semua duit yang masuk ke dalam poket kita akan menjadi rezeki kita, boleh jadi ia adalah rezeki untuk orang lain.
Apapun wasilah rezeki kita, tolonglah jauhkan diri dari merungut kerana merungut itu menghilangkan keberkatan rezeki. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sudah mengajar kita bagaimana cara untuk mensyukuri nikmat yang ada pada kita iaitu dengan melihat orang yang di bawah jika berkenaan dengan dunia. Manakala hal akhirat, lihatlah orang di atas kita(para anbiya, sahabat, ulama, solehin, dan sebagainya).. Jika tidak dapat menahan diri daripada merungut, maka berhenti adalah lebih baik supaya orang lain yang lebih memerlukannya mempunyai peluang untuk mengerjakannya dan carilah keperluan lain supaya keberkatan itu berkekalan. 
Wallahu'alam...


Mari ucapkan, "ALLAHUMMA AJIRNA MINAN-NAAR"..
Maksudnya : “Wahai ALLAH hindarkanlah aku dari api neraka..”

Amalkan sentiasa..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan