Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 11 Disember 2013

N 54 : SEDARLAH SIAPA KITA

Kita ini menumpang di bumi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Yang cipta sahabat semua ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Yang cipta saya, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Yang cipta alam ini ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Bila kita menumpang di bumi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kena ikut syariat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Syariat maksudnya apa-apa yang diperintahkan daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Kita menumpang di bumiNya. Kenalah ikut cara-cara ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Berkata Imam Al-Ghazali : ''Manusia itu adalah tetamu ALLAH di atas muka bumi.''
Contoh : Kalau saya pergi rumah Ahmad, saya sebagai tetamu. Dia ada adat-adat sebagai tetamu. Tetamu tak boleh terus masuk rumah orang. Kena minta izin dulu atau ucap Assalamualaikum. Bila tuan rumah izin atau minta suruh masuk, baru boleh masuk.
Saya masuk ke rumah Ahmad dengan kasut-kasut. Ahmad bagi tak..? Pasti dia tak bagi, pasti dia akan kata. Tolong tanggalkan kasut.  Jadi ini rumah dia, saya kena ikut la.

''Ini bumi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kita makan, kita minum, kita sedut udara. Semua kepunyaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Kena ikut undang-undang peraturan ALLAH.''
Masuk-masuk ke dalam rumah Ahmad. Tengok-tengok sofa dia berharga 10 ribu. Tiba-tiba Ahmad kata, ''Mat sila duduk kat bawah.
Dah Ahmad suruh saya duduk kat bawah. Ini rumah dia, jadi saya kena duduk kat bawah la.

Kemudian dia bawakan makanan. Makanan kegemaran saya iaitu ayam pedas. Belum sempat saya nak pegang, dia kata ''Minta maaf dalam rumah ni tetamu ambik bau saja." 

Ini kepunyaan dia. Jadi saya terpaksa ikut la. Walaupun nak sangat-sangat makan benda tu.

Kalau ditakdirkan dia hidangkan mee goreng untuk saya, sedangkan saya tak seberapa suka makan mee goring, tapi oleh kerana saya tetamu kena ambil juga la. Kena makan juga la. Dia bagi air kopi. Saya tak minum air kopi, tapi terpaksa minum la. Ini rumah dia. Rumah kita tak apa la.

''Ini bumi ALLAH. Kena hormat la. Kena ikut undang-undang peraturan ALLAH. Manusia tak berhak buat undang-undang sendiri.''

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA Berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat 1 :

''Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mendahului ALLAH dan Rasul. dan bertakwalah kamu kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.''

Keterangan : Orang-orang mukmin tidak boleh menetapkan sesuatu hukum sebelum ada ketetapan daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan Rasul. Kita tak boleh pandai-pandai buat hukum sendiri.


Daripada - Ustaz Sharir Long (Original) 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan