Ada seseorang lelaki menghadap RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM kemudian dia bertanya;
"Wahai
RASULULLAH, Tidur adalah sebahagian nikmat ALLAH di dunia, apakah kelak kita
juga akan tidur di Syurga? Jawab RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM, “Tidak,
kerana tidur adalah temannya maut, sedangkan di syurga tak ada kematian.”
“Bagaimana istirehat ahli syurga?” Tanya lelaki itu lagi, RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM pun menjawab: "Di Syurga tak ada rasa lelah, semuanya serba
menyenangkan."
(HR. Baihaqi,ibn Abi Hatim)
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman;
"Yang
dengan KurniaNya menempatkan kami dalam tempat yg kekal/Syurga, di dalamnya
tidak merasa lelah dan tidak merasa Lesu.”
(Surah 35 FAATHIR : 35)
SUBHANALLAH sungguh besar nikmat ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA yang diberikan kepada hambaNYA, yang Taat kepadaNYA.
Semoga kita termasuk penghuni-penghuni
SyurgaNya. Aamiin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan