Ternyata Malaikat Maut Mengintai Kita 70 Kali Sehari!
Alangkah baiknya kita istighfar dulu.
“Astagfirullah Al'adzim."
Memang tidak
ada yang pernah tahu bila seseorang akan menghadapi kematian, itulah sebabnya
banyak orang tidak mempersiapkan diri menghadapi kedatangannya.
Maut dan
kematian, ALLAH SUBHANAHU
WA TAALA berfirman yang bermaksud :
“Setiap
yang hidup akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan
kesenangan, sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali.”
(Surah 21 AL ANBIYAA' : 35)
Tahukah kita
bahawa malaikat maut sentiasa memperhatikan serta melihat wajah kita sebanyak
70 kali dalam sehari?
Seandainya
manusia boleh melihat dengan kasat mata seperti apa tingkahlaku malaikat
pengintai itu, nescaya kaki mereka akan lemah jika mengetahuinya.
Oleh kerana
malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya,
itu sebabnya manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail di
sekelilingnya.
Hadist RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas ra
bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda :
“Bahawa
malaikat maut memperhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam
sehari.”
Ketika Izrail
datang merenungi wajah seseorang, didapati orang itu sedang bergelak-ketawa. Maka berkata Izrail :
“Alangkah
hairannya aku melihat orang ini, padahal aku diutus oleh ALLAH untuk mencabut
nyawanya bila saja tetapi dia masih terlihat bodoh dan bergelak ketawa.”
Jika takdirnya
hingga esok hari terakhir ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA pinjamkan nyawa
untuk bernafas di muka bumi ini, apakah kita sudah cukup bekal menghadapi dua
fasa berikutnya iaitu alam barzah dan alam akhirat?
Naaahhh ...
Pastikan
ketika kita dijemput, kita dalam keadaan berbuat kebaikan yang terbaik, agar
nanti dikumpulkan bersama manusia-manusia mulia di tempat terbaik di sisi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan