Peringatan untuk diri kita semua terutamanya diri
saya sendiri. "...Tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu
hatinya) ialah ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..." (mafhum riwayah).
Kata ustaz, apabila ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak mengkehendaki kita lagi...
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan sibukkan
kita dengan urusan dunia...
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan sibukkan
kita dengan urusan anak-anak.
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan sibukkan
kita dengan urusan menjalankan perniagaan.
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan sibukkan
kita dengan urusan menambahkan harta.
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan sibukkan
kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa... Alangkah ruginya
kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan... Sekiranya kita mampu bertanya
pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA... dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah
semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk
merebut dunia... kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dan beribadat kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA... Tidak akan
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk
merebut habuan dunia.. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini
telah pun ditentukan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain
lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta
besar... Kenapa...
Kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain
lebih daripada kita..
Kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih
banyak amalan daripada kita..
Kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain
bangun di sepertiga malam... solat tahajud dan bermunajat...
Kita cemburu apabila melihat orang lain menukar
kereta baru yang mewah... tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain
yang boleh khatam al Quran sebulan dua kali... Kesemua petanda-petanda ini
menunjukkan dunia akhir zaman.... Apabila duit, harta dan pangkat mengatasi
segala-galanya.... setiap kali menyambut hari jadi...Kita sibuk nak raikan
sebaik mungkin... tetapi kita telah lupa.. dengan bertambahnya umur kita...maka
kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...Kita patut bermuhasabah mengenai
bekalan... ke satu perjalanan yang jauh.. yang tidak akan kembali.. dan buat
selama-lamanya. Sahabat yang ku sayang.. Kerinduan bertemu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA umpama angin
semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia.
Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabbnya, ia akan merasa tenang dan
tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan
semakin gundah gulana.
Ingatlah! Kecintaan terhadap ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidaklah akan
masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia. Ketahuilah wahai sahabat
Jika ALLAH SUBHANAHU WA TAALA cinta kepada seorang hamba itu, maka ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatNya, dan Ia akan
memilihnya di antara hamba-hambaNya, sehingga hamba itu pun akan menyibuk kan
dunianya hanya dengan ibadah kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Lisannya sentiasa
basah dengan berzikir kepadaNya, anggota badannya selalu dipakai untuk
berkhidmat kepadaNya. Ya ALLAH, cintailah aku dan keluargaku. Janganlah Kau
berpaling dari kami... Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu.
Aamiin." Wallahualam. Semoga dapat amal & sampaikan In Shaa ALLAH.
~Ahmad Humaizi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan