Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 10 Disember 2013

N 38 : PETUA KHUSYUK SOLAT

1. Wala Hayyun [ cara mematikan diri sebelum mati ] 

Sewaktu berdiri tegak lurus untuk mengerjakan solat, niatlah di hati bahawa solat ini adalah solat terakhir di dalam hidup kita dan apabila selesai solat ini seolah-olah kita akan mati mengadap ilahi. Di samping itu datangkan suatu perasaan bahawa kita tidak berpeluang lagi untuk mendirikan solat ini dan tidak berpeluang menebus dosa dan kesilapan yang telah dilakukan semasa hidup di dunia ini. Inilah cara yang paling afdal untuk mematikan diri di dalam solat yang khusyuk.

2. Wala Basirun [ cara membutakan mata sebelum buta ] 

"Suhuf Fil Wahdah Fil Kasrah, Suhuf Fil Kasrah Fil Wahdah." maksudnya: "Pandanglah satu di antara banyak, pandanglah yang banyak hanya satu."
Kedua mata hendaklah dipejam pandang ke atas kemudiannya kedua kelopak mata setengah tertutup. Satukan pandangan ketengah-tengah batang hidung.

3. Wala Sami'un [ cara mekakkan telinga ] 

Untuk melahirkan solat yang khusyuk, sewaktu membaca surah atau ayat hendaklah hati dahulu yang membacanya seolah-olah mulut mengikut hati membacanya. Untuk mempratikkannya kita boleh cuba dengan menutup kedua mata. kemudian baca apa-apa surah di dalam hati dan dengarkan dengan pendengaran batin, tentu anda akan mendengar hati anda membaca ayat dengan suara yang sungguh merdu dan itulah suara hati suara yang lebih indah daripada suara penyanyi manapun di atas dunia ini.

4. Wala Alimun [ sedari dirimu dhaif tidak berilmu melainkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ] 

Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk kita melahirkan solat yang khusyuk iaitu dengan cara kita menyedari hakikat diri kita, seorang hamba yang hina lagi dhaif tidak mempunyai ilmu yang dapat mengatasi kudrat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

5. Wala Muthakalimun [ jangan cakap perihal dunia dalam solat ] 

Manakala cara seperti ini pula adalah cara kita menyedari bahawa kita sedang solat dan ketika sedang solat tidak boleh bercakap tentang hal-hal keduniaan.
Cubalah kita lakukan yang bersesuaian dengan cara ini. In Sya ALLAH, kita akan dapat membezakan denga solat yang biasa kita buat kalau boleh cuba tengok sewaktu sebelum dan selepas solat. Berapa lamakah kita solat? Kalau biasanya kita solat 4 rakaat paling lama 5 minit takkan jadi sesuatu yang luar biasa jika ianya lebih dari 5 minit jika kita buat dengan khusyuknya... 

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda yang bermaksud: 

“Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam solatnya.”

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda lagi yang bermaksud : 

“Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam solatnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.”


(Sanad dan riwayat hadis…)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan