Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 10 Disember 2013

N 37 : MENGHINA HUKUM HUDUD

Amat menyedihkan dan memalukan sekali bila muncul sebuah klip video ringkas atau you tube, lakonan para pelakon upahan yang menghina hukum hudud, kandungannya memperli pemimpin pas tetapi dialog-dialognya memperkecilkan hukum ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan memperlekehkannya, pelakon upahan adalah orang Islam. Yaa ALLAH, begitu sekali mereka ini berani melakukan adegan sebegitu. Di mana iman, di mana dosa pahala, di mana kepercayaan terhadap adanya alam syurga dan neraka. Tidak takutkah mereka untuk kembali kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pada bila-bila masa. Apakah begitu hinanya hukum ketentuan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA? Mereka hidup di bumi ciptaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, menghirup nikmat udara pemberian ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan sebagainya... Cukuplah wahai para pelakon upahan, mengapa begitu sekali kamu sanggup melakukannya? Yaa ALLAH anugerahkanlah kepada mereka hidayahMu, berikan mereka jalan pulang segera, kembali kepada kebenaran ajaranMu. Kepada para pelakon semua, seruan ikhlas saya. Bertaubatlah kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, carilah pintu rumah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, belajarlah dengan para alim ulama. Segeralah kembali kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, langit tidak selama kamu junjung dan bumi tidak selama kamu pijak!!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan