Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 9 Februari 2014

O 111 : KAEDAH MERAWAT HATI YANG SAKIT

1. Jaga solat 5 waktu & banyakkan solat-solat sunat.
2. Lakukan solat taubat setiap hari & istighfar sekerap mungkin.
3. Baca al Quran & hayati makna yang dibacakan.
4. Bersangka baik & maafkan semua orang sebelum tidur.
5. Menangis & insaf akan dosa-dosa yang lalu.
6. Berbuat baik kepada ibubapa & mohon doa daripada ibubapa.
7. Puasa sunat sekurang-kurangnya 3 kali sebulan.
8. Berdamping dengan orang-orang soleh & alim ulama.
9. Jauhi orang-orang yang sakit hati atau busuk hati agar terhindar aura negatif.
10. Doa sungguh-sungguh untuk murnikan hati, terutama semasa Qiamullail.
11. Ziarah org miskin, anak yatim, rumah orang tua atau rumah ahli keluarga.
12. Hadiri majlis ilmu di masjid/ surau atau kelas agama.
13. Zikrullah & banyakkan berselawat atas Nabi SAW.
14. Sedekah kepada golongan yang miskin.
15. Sentiasa ingat tentang kematian. Kita tak tahu bila kita akan mati. Mungkin hari ni, esok atau lusa.
16. Pastikan kita makan benda yang benar-benar halal & baik.
17. Lakukan usaha dakwah setakat kemampuan. Jangan tak buat langsung!

Moga Allah rawat hati kita & jadikan kita insan yang redha & bersyukur.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan