Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 9 Februari 2014

O 112 : BILA KITA.....

Bila kita stress, adakah kita mendengar muzik atau bacaan ayat-ayat al Quran?

Bila kita sedih, adakah kita menangis mengadu pada Allah atau pada teman sekeliling?

Bila marah, adakah kita memaki-hamun atau terus ambil wuduk?

Bila merasai kekosongan, adakah kita menonton wayang dan berkaraoke atau kita memahami ayat-ayat Allah?

Bila rasa tertipu, adakah kita membalas dendam atau bersabar dan berserah pada Allah?

Bila merasakan tidak setuju dengan seorang saudara Muslim, adakah kita mengumpat dan mencelanya atau mendoakannya?

Bila mencari idola buat memotivasi diri, adakah kita menyelidik kehidupan para hartawan atau kehidupan mereka yang telah dijanjikan syurga Allah SWT?


Kita sering mencari ketenangan dan kebahagiaan melalui saluran yang tidak menepati ajaran agama. Ketahuilah bahawa amalan sedemikian cuma membawa bersamanya nikmat yang seketika tapi tiadakan tercapai ketenangan dan kebahagiaan yang sebenarnya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan