Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 11 Februari 2014

O 128 : CAP JARI

- DR. ZAKIR NAIK


أَيَحْسَبُ الْإِنسَانُ أَلَّن نَجْمَعَ عِظَامَهُ . بَلَى قَادِرِينَ عَلَى أَن نُّسَوِّيَ بَنَانَهُ

“Apakah manusia menyangka bahawa tidak Kami akan kumpulkan tulang-tulangnya. Benar, (bahkan Kami) berkuasa untuk menyusun (dengan) sempurna jari-jari tangannya.” 
( Al – Qiyaamah : 3 – 4 )

Orang-orang kafir menyangkal akan terjadinya kebangkitan semula manusia setelah tulang-tulang mereka yang mati berkecai di dalam tanah dan bagaimana setiap individu akan dikenali pada Hari Pembalasan. Allah yang Maha Berkuasa berfirman bahawa Dia bukan sahaja berkuasa untuk memasang tulang-tulang kita, malah Dia berkuasa menyusun dengan sempurna setiap jari-jari tangan kita.
Soalnya mengapa al Quran apabila menerangkan mengenai penentuan identiti setiap individu, menyebut secara khusus tentang jari-jari tangan? Dalam tahun 1880, cap jari telah menjadi kaedah saintifik pengenalan individu setelah kajian yang dilakukan oleh Sir Francis Golt. Tidak ada seorang manusiapun di dalam dunia ini yang akan mempunyai corak cap jari yang sama. Itulah yang menjadi sebab mengapa pasukan polis seluruh dunia menggunakan cap jari untuk mengenali penjenayah.

Pada 1,400 tahun yang lalu, siapa yang tahu mengenai keunikan cap jari setiap orang? Pastinya tidak lain dari Maha Pencipta sendiri!

DERIA RASA SAKIT ADA PADA KULIT MANUSIA

Dahulunya dianggap bahawa deria rasa dan sakit adalah bergantung kepada otak. Penemuan masa kini membuktikan adanya deria rasa sakit (pain receptor) pada kulit manusia, di mana ketiadaannya akan menyebabkan seseorang itu tidak boleh merasai kesakitan.
Apabila seorang doktor memeriksa seorang pesakit yang mengalami kecederaan terbakar, ia akan menentukan tahap kecederaan terbakar itu dengan menggunakan cucukan jarum pada kulit. Jika pesakit merasa sakit bila cucukan jarum dibuat, ia menunjukkan luka terbakar itu hanya berlaku di bahagian luaran kulit sahaja. Sebaliknya jika pesakit tidak merasai sakit apabila dicucuk, ini menunjukan luka terbakar itu adalah terlalu dalam dan telah merosakkan deria rasa sakit.

Al Quran menunjukkan bahawa wujudnya deria rasa sakit ini pada ayat yang berikut:


إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُواْ الْعَذَابَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

“Sesungguhnya orang-orang yang ingkar kepada ayat-ayat Kami nescaya Kami masukkan mereka (ke dalam) api neraka, setiap kali terbakar kulit-kulit mereka Kami ganti mereka (dengan) kulit-kulit lainnya supaya mereka (terus-menerus) merasakan seksaan, sesungguhnya Allah adalah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”
(An-Nisaa’ : 56 )

Prof. Tagatat Tejasen, Pengerusi Jabatan Anatomi Universiti Chiang Mai di Thailand telah mengambil masa yang lama membuat kajian mengenai deria rasa sakit ini. Pada awalnya dia tidak dapat mempercayai bahawa al Quran telah menjelaskan fakta saintifik ini pada 1,400 tahun yang lalu. Dia kemudian telah menyemak terjemahan ayat al Quran ini. Prof. Tejasen merasa sangat kagum terhadap ketepatan saintifik ayat al Quran tersebut, sehinggakan pada Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 yang diadakan di Riyadh mengenai Tanda-tanda Saintifik al Quran dan Sunnah, beliau telah mengisytiharkan di khalayak ramai: “Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad SAW adalah Pesuruh Allah.”



http://assabiel.com/?cat=431




Tiada ulasan:

Catat Ulasan