Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 11 Februari 2014

O 127 : AL QURAN DAN SAINS MODEN - DR. ZAKIR NAIK

Dr. Mohd. Yusof Nor (kiri) menyerahkan cenderamata kepada Dr. Zakir Naik yang turut disaksikan oleh Bukhari Che Muda.
Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121010/ba_04/Dr.-Zakir-Naik-di-TV-AlHijrah#ixzz2J4SASmqv
© Utusan Melayu (M) Bhd
TERJEMAHAN BUKU
AL QURAN DAN SAINS MODEN
Oleh : Zakir Naik

KESIMPULAN

Untuk menganggap bahawa kewujudan fakta-fakta saintifik dalam al Quran merupakan  satu kebetulan adalah tidak dapat diterima akal dan bercanggah dengan pendekatan saintifik sebenar. Al Quran mengajak semua manusia untuk merenung penciptaan alam semesta ini dalah ayat yang berikut:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi  dan pergantian malam dan siang (ada) tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mempunyai akal.” 
(Ali  ‘Imraan : 190 )

Bukti-bukti saintifik di dalam al Quran membuktikan dengan jelas bahawa ianya dari Ilahi. Tiada seorang manusiapun yang dapat mengarang sebuah kitab, 1,400 tahun yang lalu, yang mengandungi  fakta-fakta saintifik yang terperinci, yang mana hanya dapat ditemui oleh manusia beberapa abad selepas itu.

Walau bagaimanapun al Quran bukan sebuah kitab sains, tetapi ianya adalah sebuah kitab ‘Petunjuk.’ Petunjuk-petunjuk ini mengajak manusia supaya sedar tujuan kewujudannya di atas muka bumi ini, dan hidup penuh harmoni dengan alam ini. Al Quran sebenarnya wahyu dari Allah, Maha Pencipta dan Maha Pemelihara alam semesta ini. Ia mengandungi mesej MengEsakan Allah, yang telah diseru oleh semua Nabi dan Rasul, bermula dari Nabi Adam A.S, Musa A.S, Isa A.S sehinggalah kepada Nabi Muhammad SAW.

Beberapa karya panjang yang terperinci telah dikarang mengenai al Quran dan sains moden dan penyelidikan selanjutnya dalam bidang ini sedang berjalan. In Sya Allah penyelidikan ini akan membantu manusia untuk mendekati ayat-ayat Allah yang Maha Berkuasa. Buku ini hanya mengandungi beberapa fakta saintifik yang terkandung di dalam al Quran. Tidaklah adil bagi saya untuk menyatakan bahawa saya telah mencakupi keseluruhan perkara tersebut.
Prof. Tejasen memeluk Islam hanya dengan kekuatan satu petunjuk saintifik sahaja yang dinyatakan dalam al Quran. Ada orang yang mungkin memerlukan sepuluh petunjuk, manakala yang lain memerlukan ratusan petunjuk untuk meyakini bahawa al Quran sebenarnya  ayat-ayat Allah. Ada orang yang tidak dapat menerima kebenaranNya walaupun diberikan beribu petunjuk. Al Quran mencela orang-orang yang tertutup pemikirannya ini dalam ayat berikut:

صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لاَ يَرْجِعُونَ

“Mereka tuli, bisu ( dan) buta, maka mereka tidak dapat kembali (keluar dari kesesatan).” 
( Al-Baqarah : 18 )

Al Quran mengandungi peraturan hidup yang sempurna bagi individu dan masyarakat. Alhamdulillah, cara hidup yang ditunjukkan oleh al Quran jauh lebih unggul daripada ‘ism-ism‘ (anutan-anutan) yang direka oleh manusia moden disebabkan kejahilannya. Siapa yang boleh memberikan petunjuk yang benar kepada manusia selain dari Maha Pencipta manusia itu sendiri?
Saya berdoa agar usaha yang sedikit ini akan diterima Allah, dan padaNya saya mengharapkan rahmat dan petunjuk (Aamiin).

Nota:  Saya mohon berbanyak maaf jika terdapat sebarang kesilapan dalam terjemahan ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, segala kesilapan adalah atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahu’alam – Abu Aiman)

Rujukan:


http://assabiel.com/?cat=431




Tiada ulasan:

Catat Ulasan