-Abu
Talib telah menjalankan amanah menjaga Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam
dengan sesempurna mungkin.
-Muhammad
sallAllahu ‘alaihi wasallam telah mendapat perlindungan dan penjagaan dari Abu
Talib sehingga akhir hayat Abu Talib.
Antara
peristiwa penting yang berlaku sepanjang bersama Abu Talib ialah:
-Hujan
turun dengan berkat peribadi anak kecil bernama Muhammad sallAllahu ‘alaihi
wasallam. Yang mana ketika itu Mekah dilanda kemarau.
-Pada
umur Baginda 12 tahun, Abu Talib yang ketika itu membawa Baginda berdagang ke
Syam telah ditegur oleh seorang Rahib bernama Jarjis, atau lebih dikenali
sebagai Bahira. Seetlah melihat ciri-ciri yang ada pada Baginda, Bahira telah
memberitahu kepada Abu Talib, “Inilah ketua seluruh alam, budak ini diutuskan
oleh ALLAH sebagai rahmat untuk sekalian alam.” Bahira menasihatkan agar budak
tersebut tidak dibawa ke Syam, kerana ditakuti akan dilakukan sesuatu yang
buruk kepadanya. Lalu Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam dibawa pulang ke Mekah
semula.
-Pada
umur 15 tahun, Baginda telah ikut membantu dalam peperangan yang dipanggil
Peperangan Fijar. Peperangan tersebut adalah di antara orang Quraisy dan sekutu-sekutu
mereka dari Bani Kinanah dengan Qays bin ‘Aylan.
-Pada
zaman remaja, Baginda tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Banyak riwayat
mengatakan Baginda mengembala kambing. Pada usia 25 tahun, Muhammad sallAllahu
‘alaihi wasallam telah dikenali sebagai seorang yang amanah. Atas sifat
amanahnya itu, Khadijah binti Khuwaylid iaitu pedagang dan hartawan telah
memilih Baginda untuk membawa dagangannya ke Syam. Baginda dibantu oleh hamba
Khadijah yang bernama Maysarah untuk berniaga di Syam.
-Kembali
dari urusan perdagangan, Khadijah tertarik dengan kebolehan Baginda yang telah
meraih keuntungan yang banyak dari perniagaan tersebut. Malah yang lebih
penting ialah perwatakan Baginda yang berakhlak mulia, berfikiran tajam, tutur
kata yang benar dan bersifat amanah. Maklumat ini diperolehi dari Maysarah.
Khadijah yang sebelum ini selalu gagal dilamar oleh para pembesar Quraisy,
telah tertarik dengan Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam. Khadijah ketika itu
berumur 40 telah menyatakan hasrat untuk mengahwini Baginda, dan Baginda
setuju. Lamaran telah dibuat oleh bapa-bapa saudara Baginda.
-Pada
usia 35 tahun, Baginda membawa peranan yang besar dalam pembinaan semula Kaabah
dan Isu Tahkim.
-Pada
usia 40 tahun, Baginda telah menerima wahyu dari ALLAH. Pada saat inilah,
kehidupan Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam mula menerima pelbagai tentangan
dan halangan yang besar. Dan Abu Talib telah banyak bertindak melindungi
Baginda sehinggalah Abu Talib meninggal dunia…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan