Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 12 Februari 2014

O 136 : BINATANG DAN BURUNG HIDUP BERKOMUNITI

وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي الأَرْضِ وَلاَ طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلاَّ أُمَمٌ أَمْثَالُكُم

“Dan tidak (ada) dari (seekor) binatang pun (berjalan) di bumi dan tidak (seekor) burung pun (yang) terbang dengan kedua sayapnya melainkan (mereka ini) umat-umat seperti kalian.”
(Al-An’aam :38 )

Kajian penyelidekan telah menunjukkan bahawa binatang-binatang dan burung-burung hidup berkomuniti, iaitu mereka mengatur, dan hidup dan bekerja bersama.

TERBANG PINDAH BURUNG-BURUNG

Al Quran menerangkan mengenai burung-burung yang terbang pada ayat yang berikut:

أَلَمْ يَرَوْاْ إِلَى الطَّيْرِ مُسَخَّرَاتٍ فِي جَوِّ السَّمَاء مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلاَّ اللّهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

“Apakah tidak mereka melihat kepada burung (yang) ditundukkan/diterbangkan di angkasa langit, tidak dapat menahan/memegang burung-burung itu kecuali Allah, sungguh pada demikian itu benar-benar (ada) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang beriman.”  
( An-Nahl : 79 )

Keterangan yang sama juga terdapat pada ayat al Quran yang berikut:

أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا الرَّحْمَنُ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ

“Dan apakah tidak mereka melihat kepada burung-burung di atas mereka yang mengembangkan sayapnya dan yang mengatup sayap-sayapnya, tidak dapat menahan mereka kecuali Allah yang Maha luas kasih sayangNya, sesungguhnya Dia terhadap setiap sesuatu (adalah) Maha Melihat.”
(Al-Mulk : 19 )

Perkataan Arab amsaka bermaksud dipegang, ditahan atau dikuasai, yang menerangkan bahawa Allah berkuasa ke atas burung-burung. Ayat-ayat ini menjelaskan betapa kuatnya kebergantungan dan kepatuhan kelakuan burung-burung semata-mata mengikuti perintah Allah. Data saintifik moden telah menunjukkan tahap pencapaian kesempurnaan dalam perancangan pergerakan oleh beberapa spesis burung tertentu. Keujudan perancangan perpindahan dalam kod genetic burung-burung  ini telah menjelaskan bagaimana anak-anak burung, tanpa sebarang pengalaman terdahulu dan panduan, berjaya mengharungi  perjalanan yang jauh dan rumit. Mereka juga berjaya kembali semula ke tempat asal perjalanan mereka pada suatu tarikh yang tertentu.
Prof. Hamburger dalam bukunya ‘Power ang Fragility’ memberikan contoh ‘mutton bird’ yang hidup di kawasan Pasifik,  membuat perjalanan melebihi 15,000 batu dalam bentuk nombor ‘8’. Burung ini membuat perjalanan dalam tempoh melebihi 6 bulan dan kembali semula ke tempat asal permulaannya dengan kelewatan maksimum selama satu minggu. Arahan paling rumit bagi perjalanan seperti itu perlu ada dalam sel-sel saraf burung-burung tersebut. Mereka tentulah telah diprogram. Tidakkah patut kita merenung siapakah ‘Perancang’nya?

LEBAH

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ . ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً

“Dan telah mengilhamkan Tuhan Penciptamu kepada lebah “hendaklah kamu buat di  gunung-gunung rumah-rumah (sarang) dan di pohon dan dari apa-apa (tempat)yang manusia bangunkan. Kemudian makanlah (sari) dari tiap-tiap buah-buahan lalu tempuhlah jalan-jalan Tuhan Penciptamu yang telah ditundukkan (dimudahkan bagimu)…”  
(An-Nahl : 68 – 69 )

Von-Frisch telah menerima Hadiah Nobel pada tahun 1973 bagi penyelidikannya mengenai gelagat dan komunikasi lebah. Seekor lebah setelah menemui mana-mana taman atau bunga yang baru akan pulang dan memberitahu lebah-lebah yang lain mengenai arah dan peta tempat yang baru ditemui itu., yang mana dikenali sebagai ‘tarian lebah’ (bee dance). Makna-makna pergerakan-pergerakan serangga ini yang bertujuan menyampaikan maklumat di antara lebah-lebah pekerja (worker bees) telah ditemui secara saintifik dengan menggunakan fotografi dan lain-lain cara.Ayat-ayat al Quran di atas telah menjelaskan bagaimana lebah dengan kemahiran yang ada padanya menemui jalan luas terbentang dari Tuhannya.
Lebah pekerja atau lebah askar adalah lebah betina. Dalam Surah An-Nahl ayat 68 dan 69, perkataan yang digunakan bagi  lebah adalah bagi jantina lebah betina (fa’asluki dan kuli), dan ia menunjukkan bahawa lebah yang keluar dari sarangnya untuk mencari/mengumpulkan makanan adalah lebah betina. Oleh itu lebah pekerja atau lebah askar sebenarnya adalah lebah betina.
Dalam drama Shakespeare “Henry Keempat,” ada watak yang bercakap tentang lebah dan menyebut bahawa lebah tersebut adalah askar dan mereka mempunyai Raja. Mereka menganggap lebah pekerja adalah lebah jantan dan mereka kembali ke sarang dan bertanggungjawab kepada raja lebah.Tanggapan ini adalah salah. Lebah pekerja sebenarnya adalah lebah betina dan mereka tidak bertanggungjawab kepada raja lebah, sebaliknya kepada permaisuri lebah. Tetapi hanya penyelidikan moden pada 300 tahun yang lepas dapa menemui fakta ini.


http://assabiel.com/?cat=431




Tiada ulasan:

Catat Ulasan