Jantina
bagi suatu janin adalah ditentukan keadaan sperma dan bukannya ovum. Jantina
bayi tersebut, sama ada lelaki atau perempuan, bergantung kepada sama ada
pasangan kromosom keduapuluh tiga masing-masing adalah XX atau XY.
Penentuan
jantina terutamanya berlaku semasa terjadinya persenyawaan/permanian dan ia
bergantung kepada jenis jantina kromosom dalam sperma yang mensenyawakan
sesuatu ovum . Jika ianya sperma kromosom ‘X’ yang mensenyawakan ovum maka
janin adalah perempuan, dan jika ianya sperma kromosom ‘Y’ maka janin adalah
lelaki.
وَأَنَّهُ خَلَقَ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ
وَالْأُنثَى . مِن نُّطْفَةٍ إِذَا تُمْنَى
“Dan sesungguhnya Dialah (yang) menciptakan berpasangan lelaki dan
perempuan , dari air mani ketika dipancarkan.”
( An-Najm
: 45 – 46 )
Perkataan
Arab nutfah bererti suatu kuantiti cecair yang sangat sedikit dan tumnaa
bererti dipancarkan atau ditanam. Oleh itu nutfah khususnya merujuk kepada
sperma kerana ianya dipancarkan.
Al Quran
juga menyatakan:
أَلَمْ يَكُ نُطْفَةً مِّن مَّنِيٍّ يُمْنَى . ثُمَّ
كَانَ عَلَقَةً فَخَلَقَ فَسَوَّى . فَجَعَلَ مِنْهُ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ
وَالْأُنثَى
“Bukankah dia dahulunya (adalah) setitis dari mani yang ditumpahkan (ke
dalam rahim), kemudian ia menjadi segumpal darah lalu Allah ciptakan (manusia)
lalu Dia sempurnakan (bentuknya), lalu Dia jadikan darinya sepasang (iaitu)
lelaki dan perempuan.”
(Al-Qiyaamah
: 37 -39)
Di sini
sekali lagi dijelaskan bahawa suatu kuantiti yang kecil (titisan) sperma
(dinyatakan pada perkataan nutfatan min maniyyin) yang datangnya dari lelaki,
adalah sebenarnya yang menentukan jantina janin tersebut.
Ibu
mertua di benua India kebanyakannya lebih suka mempunyai cucu lelaki dan
kebiasaannya menyalahkan menantu perempuan mereka jika jantina anak yang
dlahirkan bukannya yang disukai. Jikalau mereka mengetahui bahawa faktor
penentu sebenarnya adalah ciri sperma lelaki dan bukannya ovum perempuan, dan
jika mereka ingin menyalahkan sesiapa, mereka sepatutnya menyalahkan anak-anak
lelaki mereka dan bukannya menantu perempuan mereka. Ini disebabkan al Quran
dan ilmu sains kedua-duanya telah membuktikan bahawa cecair mani lelaki yang
menentukan jantina anak.
JANIN
DILINDUNGI OLEH TIGA PENUTUP KEGELAPAN
أَزْوَاجٍ يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ
خَلْقًا مِن بَعْدِ خَلْقٍ فِي ظُلُمَاتٍ ثَلَاثٍ
“Dia menciptakan kamu di dalam perut-perut ibu kamu dalam satu ciptaan
(bentuk) dari setelah satu ciptaan (bentuk) lain di dalam kegelapan (yang)
tiga.”
(Az-Zumar
: 6)
Mengikut
Prof. Keith Moore ketiga-tiga penutup kegelapan yang dinyatakan oleh al Quran
ialah :
(i) Dinding
luar perut ibu
(ii) Dinding
rahim ibu
(iii)
Selaput ketuban (amnio-chorionic membrane)
http://assabiel.com/?cat=431
Tiada ulasan:
Catat Ulasan