Al Quran
menjelaskan dalam Surah Al ‘Ankabuut:
مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ
أَوْلِيَاء كَمَثَلِ الْعَنكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا وَإِنَّ أَوْهَنَ
الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
“Perumpamaan (bagi) orang-orang yang mengambil/ menjadikan selain dari
Allah (sebagai) penolong mereka, umpama labah-labah yang membuat rumah/sarang
(sebagai tempat berlindung) dan sesungguhnya rumah yang paling lemah di antara
rumah-rumah lainnya (adalah) rumah/sarang labah-labah jika mereka mengetahui.”
(Al-‘Aankabuut
: 41 )
Disamping
menerangkan mengenai keadaan fizikal sarang labah-labah yang rapuh, halus dan
lemah, al Quran juga menekankan kerapuhan perhubungan dalam rumah/sarang
labah-labah tersebut, di mana labah-labah betina pada kebanyakan masanya akan
membunuh pasangannya, iaitu labah-labah jantan.
CARA
HIDUP DAN KOMUNIKASI SEMUT-SEMUT
Cuba
perhatikan ayat al Quran yang berikut:
وَحُشِرَ لِسُلَيْمَانَ جُنُودُهُ مِنَ الْجِنِّ
وَالْإِنسِ وَالطَّيْرِ فَهُمْ يُوزَعُونَ . حَتَّى إِذَا أَتَوْا عَلَى وَادِ
النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا
يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
“Dan dikumpulkan kepada Sulaiman para tenteranya dari jin dan manusia
dan burung-burung maka mereka dibahagi-bahagikan/dibariskan dengan tertib.
Sehingga ketika mereka sampai atas/di lembah semut, berkata seekor semut “wahai
semut-semut masuklah kalian ke tempat tinggal/sarang-sarang kalian agar tidak
dipijak (oleh) Sulaiman dan bala tenteranya,” sedangkan mereka tidak merasakan/
menyedari(nya).”
(An-Naml
: 17-18 )
Pada masa
yang lalu mungkin ada orang yang akan mempersendakan al Quran, mengganggapnya
sebuah buku cerita dongeng di mana semut-semut bercakap di antara satu sama
lain dan berkomunikasi mesej-mesej yang canggih. Pada masakini penyelidekan
menunjukan kepada kita beberapa fakta mengenai cara hidup semut-semut, yang
mana tidak diketahui manusia di masa yang lalu. Penyelidikan menunjukkan
binatang atau serangga yang paling hampir menyerupai cara hidup manusia adalah
semut-semut. Ini boleh dilihat dari penemuan-penemuan berikut mengenai
semut-semut:
(a)
Semut-semut mengebumikan semut yang mati seperti mana manusia melakukannya.
(b)
Mereka mempunyai sistem pembahagian tenaga kerja yang canggih, di mana mereka
mempunyai pengurus, penyelia, formen, pekerja dan lain-lain.
(c)
Sekali sekala mereka bertemu sesama mereka untuk ‘berbual’.
(d)
Mereka mempunyai kaedah komunikasi antara mereka yang agak maju.
(e)
Mereka kerap mengadakan pasar-pasar di mana mereka bertukar barangan.
(f)
Mereka menyimpan bijirin untuk tempoh yang panjang di musim sejuk; dan
jika bijirin mula bertunas, mereka memotong akarnya seolah-olah mereka
mengetahui jika dibiarkan tumbuh ia akan rosak. Jika bijirin yang disimpan ini
basah akibat hujan, mereka akan mengangkutnya keluar ke cahaya matahari untuk
dikeringkan. Setelah kering mereka membawanya kembali ke dalam seolah-olah
mereka mengetahui bahawa kelembapan akan mengakibat pertumbuhan sistem akar dan
seterusnya kerosakan bijirin.
http://assabiel.com/?cat=431
Tiada ulasan:
Catat Ulasan