Ada satu hari seorang anak bertanya kepada
ayahnya,
"Ayah, kenapa kita baca ayat al Quran walau kita tak faham maksudnya?"
"Ayah, kenapa kita baca ayat al Quran walau kita tak faham maksudnya?"
Lalu si ayah menyuruh anaknya itu mengambil raga dia bawah rumah
yang sebelum ini digunakan untuk menyimpan arang...
Lalu si ayah menyuruh anaknya itu berlari ke sungai untuk
mengambil air lalu bawa air itu kembali...
Si anak pun pergi ke sungai untuk mengambil air, oleh kerana
raga jenis yang tidak menakung air maka air itu keluar ikut celah raga
sehinggalah sampai di depan ayahnya ditunjukkan raga yang kosong itu...
Si anak menjawab,
"Air itu keluar ikut celah raga tiada gunanya kita ambil
air guna raga."
Si ayah menyuruh si anak melakukan semula untuk beberapa kali...
selepas itu si ayah menyuruh si anak berhenti...
Lalu si ayah berkata "Lihat mengambil air menggunakan raga
ini sebenarnya tidak sia-sia kerana lihatlah raga yang sebelum ini kotor telah
bersih walau kita tidak mendapat hasilnya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan