Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 12 Februari 2014

O 137 : MENGUMPAT DAM MEMFITNAH – DOSA BESAR

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA  yang bermaksud : 

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah ke atas sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang boleh menyebabkan kamu menyesal di atas perbuatanmu." 
Al-Hujurat:6

Ingatlah...
jika kita menceritakan hal orang lain walaupun cerita itu benar, perbuatan itu adalah mengumpat.
jika kita menyebarkan sesuatu berita yang tidak benar pula, perbuatan itu dipanggil fitnah.
Maka...
beringatlah kita selalu agar kita tidak tergolong dalam 2 golongan di atas.
diamlah...kerana diam adalah tembok kepada perbuatan mengumpat dan memfitnah.
ALLAHua'lam


Tapi ingatlah wahai saudara saudari sekelian, dosa kita paling banyak pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA  di akhir zaman ini ialah riba..... Boleh dikatakan setiap orang di Malaysia ini terlibat secara langsung mahupun secara tak langsung dengan aktiviti bank dan wang kertas.... Cubalah saudara saudari mendapat sedikit maklumat pasal riba ini... Untuk pengetahuan dan fikirkanlah....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan