Menghisap madu dari
berbagai jenis bunga dan buah, lalu membentuk madu dalam tubuhnya, yang mana
madu ini disimpan di dalam sel-sel lilin mereka. Hanya beberapa abad yang lalu
manusia mula mengetahui madu datangnya dari perut lebah. Fakta ini telah dijelaskan
di dalam al Quran 1,400 tahun yang lalu pada ayat yang berikut:
يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا
شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاء لِلنَّاسِ
“Akan keluar dari
perut-perutnya (lebah-lebah itu) minuman (madu) (yang) berbagai warnanya, di
dalamnya (terdapat) penyembuh bagi manusia.”
(
An-Nahl : 69 )
Sekarang telah
diketahui bahawa madu mempunyai khasiat penyembuhan dan antiseptik yang ringan.
Orang-orang Rusia menggunakan madu untuk menutup luka-luka mereka semasa Perang
Dunia Kedua. Luka ini akan menahan kelembapan dan meninggalkan hanya sedikit
tisu parut. Kepadatan madu juga menyebabkan tidak ada kulat atau bakteria
membiak dalam luka tersebut.
Jika seseorang
menghidapi alahan terhadap sesuatu jenis tumbuhan, Dia boleh diberi madu
daripada tumbuhan itu supaya dapat membentuk ketahanan terhadap alahan
tersebut. Madu sangat kaya dengan fruktos dan vitamin K.
Oleh itu kandungan
pengetahuan di dalam al Quran mengenai madu, asal dan khasiatnyanya, telah lama
ada sebelum ianya didedahkan kepada umum.
X. FISIOLOGI
PEREDARAN DARAH DAN
PENGELUARAN SUSU
Al Quran telah
mendedahkan perkara ini 600 tahun sebelum saintis Islam Ibn Nafees menerangkan
tentang peredaran darah dan 1,000 tahun sebelum William Harwey membawa
pengetahuan ini ke dunia Barat. Kira-kira 13 abad sebelum diketahui proses yang
berlaku dalam usus perut di mana organ-organ diberikan khasiat melalui proses
penyerapan penghadaman, terdapat ayat dalam al Quran yang menjelaskan sumber
kandungan susu, yang mana menerangkan perkara yang sama.
Untuk memahami
ayat-ayat al Quran mengenai konsep di atas, perlu diketahui bahawa tindakbalas
kimia berlaku dalam usus perut, dan di mana bahan-bahan yang dicerna dari
makanan akan disalur ke saluran darah melalui sistem yang kompleks ; kadangkala
melalui hati, bergantung kepada keadaan kimianya. Aliran darah akan membawa
bahan-bahan ini ke seluruh organ-organ tubuh badan, termasuklah antaranya
kelenjar mammary yang mengeluarkan susu.
Dalam bahasa yang
mudah, kita dapat fahami bahawa bahan-bahan tertentu daripada kandungan usus
perut meresap masuk melalui saluran-saluran di dinding usus perut, dan
bahan-bahan ini kemudiannya di bawa oleh aliran darah ke pelbagai organ dalam
tubuh badan.
Konsep ini perlu
difahami sepenuhnya jika kita ingin memahami ayat al Quran yang berikut:
وَإِنَّ لَكُمْ فِي
الأَنْعَامِ لَعِبْرَةً نُّسْقِيكُم مِّمَّا فِي بُطُونِهِ مِن بَيْنِ فَرْثٍ
وَدَمٍ لَّبَنًا خَالِصًا سَآئِغًا لِلشَّارِبِينَ
“Dan sesungguhnya bagi
kamu di dalam binatang ternak itu benar-benar terdapat pengajaran, Kami memberi
minum kalian dari apa yang (ada) di dalam perut-perutnya antara kotoran dan
darah (berupa) susu yang murni/bersih (yang) mudah (masuknya) bagi orang-orang
yang meminumnya.”
( An-Nahl : 66 )
وَإِنَّ لَكُمْ فِي
الْأَنْعَامِ لَعِبْرَةً نُّسقِيكُم مِّمَّا فِي بُطُونِهَا وَلَكُمْ فِيهَا
مَنَافِعُ كَثِيرَةٌ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ
“Dan sesungguhnya bagi
kamu di dalam binatang ternak itu benar-benar terdapat pengajaran, Kami memberi
minum kalian dari apa (air susu) yang (ada) dalam perut-perutnya dan bagi kamu
di dalamnya berbagai munafaat yang banyak dan darinya (dagingnya) kamu makan.”
( Al-Mu’minuun : 21 )
Keterangan al Quran
mengenai pengeluaran susu dalam tubuh lembu ini menyamai penemuan oleh ilmu
fisiologi moden.
http://assabiel.com/?cat=431
Tiada ulasan:
Catat Ulasan