Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 12 Februari 2014

O 134 : PERUBATAN - MADU MEMPUNYAI KHASIAT PENYEMBUH

Menghisap madu dari berbagai jenis bunga dan buah, lalu membentuk madu dalam tubuhnya, yang mana madu ini disimpan di dalam sel-sel lilin mereka. Hanya beberapa abad yang lalu manusia mula mengetahui madu datangnya dari perut lebah. Fakta ini telah dijelaskan di dalam al Quran 1,400 tahun yang lalu pada ayat yang berikut:

يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاء لِلنَّاسِ

“Akan keluar dari perut-perutnya (lebah-lebah itu) minuman (madu) (yang) berbagai warnanya, di dalamnya (terdapat) penyembuh bagi manusia….” 
( An-Nahl : 69 )

Sekarang telah diketahui bahawa madu mempunyai khasiat penyembuhan dan antiseptik yang ringan. Orang-orang Russia menggunakan madu untuk menutup luka-luka mereka semasa Perang Dunia Kedua. Luka ini akan menahan kelembapan dan meninggalkan hanya sedikit tisu parut. Kepadatan madu juga menyebabkan tidak ada kulat atau bakteria membiak dalam luka tersebut.
Jika seseorang menghidapi alahan terhadap sesuatu jenis tumbuhan, Dia boleh diberi madu daripada tumbuhan itu supaya dapat membentuk ketahanan terhadap alahan tersebut. Madu sangat kaya dengan fruktos dan vitamin K.
Oleh itu kandungan pengetahuan di dalam al Quran mengenai madu, asal dan khasiatnyanya, telah lama ada sebelum ianya didedahkan kepada umum.

PEREDARAN DARAH DAN PENGELUARAN SUSU

Al Quran telah mendedahkan perkara ini 600 tahun sebelum saintis Islam Ibn Nafees menerangkan tentang peredaran darah dan 1,000 tahun sebelum William Harwey membawa pengetahuan ini ke dunia Barat. Kira-kira 13 abad sebelum diketahui proses yang berlaku dalam usus perut di mana organ-organ diberikan khasiat melalui proses penyerapan penghadaman, terdapat ayat dalam al Quran yang menjelaskan sumber kandungan susu, yang mana menerangkan perkara yang sama.

Untuk memahami ayat-ayat al Quran mengenai konsep di atas, perlu diketahui bahawa tindakbalas kimia berlaku dalam usus perut, dan di mana bahan-bahan yang dicerna dari makanan akan disalur ke saluran darah melalui sistem yang kompleks ; kadangkala melalui hati, bergantung kepada keadaan kimianya. Aliran darah akan membawa bahan-bahan ini ke seluruh organ-organ tubuh badan, termasuklah antaranya kelenjar mammary yang mengeluarkan susu.
Dalam bahasa yang mudah, kita dapat fahami bahawa bahan-bahan tertentu daripada kandungan usus perut meresap masuk melalui saluran-saluran di dinding usus perut, dan bahan-bahan ini kemudiannya di bawa oleh aliran darah ke pelbagai organ dalam tubuh badan.
Konsep ini perlu difahami sepenuhnya jika kita ingin memahami ayat al Quran yang berikut:

وَإِنَّ لَكُمْ فِي الأَنْعَامِ لَعِبْرَةً نُّسْقِيكُم مِّمَّا فِي بُطُونِهِ مِن بَيْنِ فَرْثٍ وَدَمٍ لَّبَنًا خَالِصًا سَآئِغًا لِلشَّارِبِينَ

“Dan sesungguhnya bagi kamu di dalam binatang ternak itu benar-benar terdapat pengajaran, Kami memberi minum kalian dari apa yang (ada) di dalam perut-perutnya antara kotoran dan darah (berupa) susu yang murni/bersih (yang) mudah (masuknya) bagi orang-orang yang meminumnya.” 
( An-Nahl : 66 )

وَإِنَّ لَكُمْ فِي الْأَنْعَامِ لَعِبْرَةً نُّسقِيكُم مِّمَّا فِي بُطُونِهَا وَلَكُمْ فِيهَا مَنَافِعُ كَثِيرَةٌ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ

“Dan sesungguhnya bagi kamu di dalam binatang ternak itu benar-benar terdapat pengajaran, Kami memberi minum kalian dari apa (air susu) yang (ada) dalam perut-perutnya dan bagi kamu di dalamnya berbagai menafaat yang banyak dan darinya (dagingnya) kamu makan.” 
( Al-Mu’minuun : 21 )

Keterangan al Quran mengenai pengeluaran susu dalam tubuh lembu ini menyamai penemuan oleh ilmu fisiologi moden.



http://assabiel.com/?cat=431




Tiada ulasan:

Catat Ulasan