Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 13 Februari 2014

O 143 : PAHALA BUAT SEORANG ISTERI

Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari pada berpuasa setahun.
Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik daripada isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.
Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
Pemeliharaan anak yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).
Tidak akan putus ganjaran dari ALLAH kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha nescaya ia masukan ke surga. (HR. Tarmidzi).
Seseorang wanita apabila ia mengerjakan solat yang difardhukan di atas, berpuasa
pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.

Subhanallah...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan