Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 17 Disember 2013

N 103 : TANDA IMAN KITA SEDANG LEMAH

Salah satu tanda lemahnya iman adalah ketika kita merasa malas untuk melakukan ketaatan dalam beribadah yang terkadang bahkan nampak seperti meremehkannya.
Misalnya saja solat wajib masih dilakukan tetapi dilaksanakan di saat-saat akhir.
Kalau istilah bolasepak, dilakukan pada masa kecederaan begitu juga dengan ibadah-ibadah lain.

Padahal dalam sebuah keterangan disebutkan bahawa ada dosa yang seribu kali lebih besar dari pada dosa orang yang berzina, iaitu dosa orang yang meremehkan solat, solat pada akhir waktu atau bahkan meninggalkannya.
Lalu kenapa Iman boleh menjadi lemah? Iman boleh  turun naik? Ini timbul kerana hati manusia yang memang mudah berubah.
Cinta boleh berubah menjadi benci atau sebaliknya.
Rajin Ibadah boleh berubah menjadi malas begitu pula sebaliknya.
Sehingga Rasulullah sendiri sering berdoa memohon perlindungan agar hati kita tidak berubah-ubah.
Agar kita tetap istiqamah.

Ya ALLAH..

Yang membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hati kami ini agar tetap istiqamah beribadah kepadaMu, agar kami boleh mendapat akhir yang baik iaitu khusnul khatimah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan