Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 19 Disember 2013

N 132 : ANTARA MANUSIA, MALAIKAT DAN SYAITAN KETIKA SOLAT SUBUH

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini. Awal lagi ni. Zzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah.
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah.
Syaitan - Ahh, takyahlah. Dah lapar ini! Mmm.. Sedapnyaaaa.

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah! Takda style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh! Awal lagi. Hmm, aahh. Suruh si X, punchkanlah.

Manusia - Azan sudah kedengaran.
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan.
Syaitan - Baru pukul berapa? Relakslah. Awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.. Takleh tengok ini, berdosa!
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat & Mengetahui!
Syaitan - Perggghh! Best tu. Rugi oh kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahlah ia.
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh!

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.
Syaitan - Sendiri fikirlah! Semua dah besar. Buat apa susah susah, pandai pandailah.

Manusia - Aku telah berdosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat. Lagipun muda hanya sekali. Rugilah. (kalau sempatlah)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, takda sesiapa yang tahu. Jomlah!

Manusia - Uh.. Letihnya hari ni. Tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia & akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) & kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan