Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 15 Disember 2013

N 93 : ISTERI DIANGGAP DERHAKA KEPADA SUAMI JIKA...

1. Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang bermaksud,

"Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh."

2. Membantah suruhan atau perintah suami. Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang bermaksud,

"Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari ALLAH dan malaikat serta semua manusia."

3. Bermasam muka terhadap suami. Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang bermaksud,

"Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam kemurkaan ALLAH hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredaannya."

4. Jahat lidah/mulut pada suami. Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang bermaksud,

"Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap suaminya."

5. Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuannya.

6. Keluar rumah tanpa izin suaminya. Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang bermaksud,

"Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat oleh ALLAH hingga dia kembali kepada suaminya atau suaminya reda terhadapnya."

7. Menghina pengorbanan suami. Maksud Hadith: 

“ALLAH tidak akan akan memandang (mempedulikan) pada isteri-isteri yang tidak berterima kasih kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya.

8. Menerima tetamu tanpa keizinan suaminya. Maksud Hadith: 

“Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan dizinkan oleh suami.

9. Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami. Maksud Hadith:

“Isteri yang derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, nerakalah di akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami adalah semata-mata mendapat keredhaan ALLAH.


(Sanad dan riwayatnya…..???)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan